ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM UKHWAH::::: SELAMAT DATANG KEPADA PENGUNJUNG-PENGUNJUNG BLOG INI. DIHARAPKAN APA YANG TERPAPAR DI DALAM RUANGAN INI DAPAT MEMBERI MANFAAT KEPADA KITA SEMUA ::::: TERIMA KASIH ATAS UNDIAN ANDA. WASALAM

HADITH HARI INI

Isnin, 15 September 2008

GMUKM BERTANDANG KE FAKULTI PENDIDIKAN

Fakulti Pendidikan- Kira-kira tepat jam 10pagi, pimpinan daripada GMUKM bertandang ke fakulti Pendidikan UKM dalam satu RoadShow memperkenalkan GMUKM kepada warga Kampus UKM khasnya kepada warga Fakulti Pendidikan. Di dalam RoadShow ini, Pimpinan GMUKM menyampaikan pidato mereka berkenaan dengan Falsafah yang selama ini di imani oleh GMUKM iaitu 1) Falsafah Universiti 2) Kebajikan Seluruh Mahasiswa 3) Keilmuan.

Sudara fikah memegang panji GMUKM yang menerangkan Falsafah Universiti

Ahmad Farhan berpidato kepada warga F.Pendidikan

Adik-adik tahun 1 Fakulti Pendidikan memberi perhatian terhadap pidato yang disampaikan

Sungguh sedih mendengar luahan seorang sahabat yang terlibat di dalam kemalangan jalan raya kira-kira 4 bulan yang lalu. Mangsa yang bernama Rahimi Yusuf, seorang pelajar fakulti Pengajian Islam UKM terpaksa melalui detik kesangsaraan ketika Koma hampir 20 hari. Munurutnya ketika kemalangan berlaku beliau tidak menyedari apa yang berlaku terhadapnya. ketika beliau sedar beliau langsung tidak mengenali sesiapapun sehinggakan TV, Talifon Bimbit pun beliau tidak mengenali. Ditanya adakah di masih ingatkan rakan-rakan yang lain, beliau berkata ada yang dia ingat dan ada yang dia lupa.

Alhamdulillah, kini beliau mampu lagi berjalan dan meneruskan kehidupannya seperti biasa. Namun, beliau masih lagi tidak sekuat dahulu bahkan otak serta matanya masih lagi sakit dan perlukan rawatan. ketika saya dan sekumpulan pelajar fakulti pengajian Islam menziarahinya, beliau kelihatan amat gembira dan seronok sekali. Semasa kami hendak pulang ke UKM, Beliau seringkali berpesan kepada kami supaya berhati-hati ketika memandu.

Bagi pihak MPP GMUKM kami sentiasa mendoakan kesihatan saudara rahimi. Mudah-mudahan beliau sentiasa tabah di dalam menghadapi ujian Ilahi ini. Di kesempatan ini juga, saya ingin menasihati seluruh warga UKM agar berhati-hati ketika memandu apatahlagi ketika musim perayaan ini. akhir sekali, sama-samalah kita mendoakan kesihatan saudara Rahimi agar beliau sentiasa redho dan mampu lagi untuk meneruskan pengajiannya yang masih tertangguh di UKM

Melawat mangsa di Rumahnya di umbai Melaka

Saudara Rahimi kelihatan gembira ketika Kami Membawanya Makan Bersama di Medan Ikan Bakar Umbai, Melaka

Ketika Berada di Medan Ikan Bakar Umbai

Khamis, 11 September 2008

Di atas kesedaran untuk mempertahankan ketinggian martabat budaya ilmu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan demi menjamin suasana demokrasi tulen subur di perbukitan ilmu ini, maka kami mewakili seluruh Mahasiswa yang berdaftar sebagai pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia menuntut 9 atau salah satu daripada perkara berikut dijalankan dan dikuatkuasakan dengan tegas oleh pihak pentadbiran.


  1. MEMANSUHKAN SISTEM PETI UNDI TAHUN TIGA DAN DITUKAR KEPADA SISTEM PETI UNDI SEMUA TAHUN
  2. TARIKH PILIHANRAYA KAMPUS (PRK) MESTILAH DIUBAH DARIPADA SEMESTER I (JULAI-NOVEMBER) KEPADA SEMESTER II (JANUARI-MEI)
  3. TEMPAT UNTUK MEMBUANG UNDI DITUKAR KE FAKULTI DAN BUKAN LAGI DI KOLEJ KEDIAMAN.
  4. MEWUJUDKAN SATU JAWATANKUASA PEMANTAU PILIHANRAYA YANG BENAR-BENAR TELUS.
  5. MEWUJUDKAN KEMBALI MALAM MANIFESTO CALON.
  6. MENGHAPUSKAN NOMBOR SIRI PADA KERTAS UNDI.
  7. PROSES PENGUMUMAN KEPUTUSAN PENGIRAAN UNDI HENDAKLAH DIJALANKAN MENGIKUT UNDANG-UNDANG.
  8. LARANGAN KELAB ASPIRASI UNTUK TERLIBAT SECARA LANGSUNG DALAM PILIHANRAYA KAMPUS (PRK).
  9. WAKIL CALON HENDAKLAH TERDIRI DARIPADA PELAJAR FAKULTI YANG SAMA DENGAN CALON SAHAJA DAN BUKANNYA MENGIKUT PERSAMAAN KOLEJ.

Semua mahasiswa/i dialu-alukan untuk menandatangani memorandum tuntutan pengembalian hak mahasiswa ini yang akan menemui anda di bilik-bilik kuliah masing-masing. Gunakanlah hak kebebasan bersuara yang telah dijamin dalam Perkara 10 (a) Perlembagaan Persekutuan. Jangan gentar dan takut akan bayang-bayang sendiri kerana nilai mahasiswa hanya laku selama 3 atau 4 tahun kita di Universiti. Jadi, gunakanlah nilai mahasiswa yang mahal harganya itu untuk kita berdemokrasi secara bebas dan berpilihanraya secara adil dan bersih. (gmukm.blogspot.com)

DIALOG BERSAMA PEMIMPIN GMUKM


TARIKH : 15 September 2008

HARI : Isnin

TEMPAT : Dewan Kuliah 3F201
Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan

MASA : 7.00Malam

AGENDA :
Majlis berbuka puasa & makan malam
bersama pemimpin gmukm

Tayangan gambar

Solat terawikh beramai-ramai
(bawa sejadah masing-masing)

Sesi dialog bersama bersama pemimpin

* Bas disediakan
Untuk maklumat lanjut sila layari gm-ukm.blogspot.com

Isnin, 1 September 2008

AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN


Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-

5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-

PENERANGAN HADIS

1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.

2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.

3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.

4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.

5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.

6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.

7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.

8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.

9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.

10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.

11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap

;;

MEDIA PLAYER


Template by: Abdul Munir - 99computercity