Yang Berbahagia Prof. Dato’ Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin,
Naib Canselor,
Universiti Kebangsaan Malaysia,
43600 UKM Bangi,
Selangor Darul Ehsan.
Yang Berbahagia Prof. Dato’ Dr.,
KURSUS KEPIMPINAN BAKAL CALON MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UKM SESI 2008/2009
Dengan hormatnya saya merujuk kepada notis pemberitahuan berhubung perkara di atas yang telah ditandatangani oleh Prof. Dato’ Dr. Mohd Wahid Samsudin, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) dan ditampal di sekitar kampus Bangi pada 17 November 2008 lalu.
2. Berhubung dengan perkara di atas, saya mewakili suara mahasiswa/i UKM ingin memohon budi bicara pihak Yang Berbahagia Prof. Dato’ Dr. agar membatalkan Kursus Kepimpinan Bakal Calon Majlis Perwakilan Pelajar atas alasan berikut :
1. Mengikut peraturan Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) (Perjalanan pemilihan dan panduan calon) yang dikeluarkan oleh pihak pengurusan tertinggi universiti, tidak menyatakan sama sekali bahawa seseorang bakal calon perlu menghadiri kursus sebelum mereka layak menamakan diri sebagai calon. Penganjuran bengkel ini adalah tindakan mala fide dan ultra vires (perlakuan di luar bidang kuasa) serta salah disisi undang-undang pemilihan MPP.
2. Seksyen 52 Perlembagaan Universiti Kebangsaan Malaysia (Pindaan 1998) telah memberikan panduan perjalanan pemilihan MPP yang sebenarnya dan perbuatan menganjurkan bengkel bakal calon ini adalah bercanggah dan tiada dalam peruntukkan seksyen undang-undang tertinggi UKM tersebut.
3. Peraturan 74 (Bahagian IX) Peraturan Pemilihan MPP (Panduan Calon) 2007/2008 telah menyatakan dengan jelas bahawa Jawatankuasa Pemilihan MPP (yang diketuai TNC HEPA) hendaklah mengelakkan berlakunya sesuatu yang tidak adil atau bertindak secara tidak jujur yang boleh menimbulkan perasaan tidak puas hati atau kurang percaya pada perjalanan pemilihan MPP dan tindakan menganjurkan bengkel bakal calon ini sememangnya dipertikaikan oleh bakal calon serta dilihat bersifat actus reus (perbuatan salah di sisi undang-undang).
4. Notis yang ditampal pada 17 November 2008 lalu iaitu 4 hari sebelum mahasiswa/i UKM bercuti dan tarikh penghantaran borang sebelum 19 Disember 2008 iaitu ketika mahasiswa/i UKM masih bercuti adalah menyusahkan dan dilihat sebagai usaha menyekat mahasiswa/i daripada bertanding dalam pemilihan MPP.
5. Syarat “WAJIB” kehadiran bakal-bakal calon ke kursus ini merupakan satu syarat mutlak yang menafikan hak mahasiswa/i untuk bebas menjadi calon.
6. Kuasa budi bicara HEP untuk menolak permohonan mahasiswa/i yang ingin ke kursus tersebut secara automatiknya akan menutup ruang kepada mahasiswa/i tersebut untuk mendaftarkan diri semasa hari penamaan.
7. Penganjuran kursus tersebut memperlihatkan usaha pihak HEP menapis dan menghadkan calon-calon tertentu. Hal ini menafikan hak mahasiswa/i dalam memilih pemimpin pilihan mereka dalam Pemilihan MPP dan situasi ini perlu diambil tindakan bagi mengelakkan mahasiswa terjun dalam politik luar selepas melihat politik kampus tidak lagi sebagai satu medan pembelajaran demokrasi yang sebenar.
8. Memperlihatkan campurtangan HEP dalam soal Pemilihan MPP sedangkan HEP hanya bertanggungjawab untuk mengendalikan Pemilihan MPP bukan untuk mencaturkan pilihan yang dibuat oleh mahasiswa/i. MPP sewajarnya adalah pilihan mahasiswa/i kerana mereka bakal menyuarakan kebajikan mahasiswa/i kepada pihak pengurusan universiti.
9. Penganjuran bengkel ini dilihat ke arah untuk menjadikan pemilihan MPP seperti pemilihan JAKSA yang dipilih sendiri oleh pihak pentadbiran. Hal ini akan menghapuskan penyuburan demokrasi di kampus dan menimbulkan sikap anti-demokrasi kepada mahasiswa yang boleh membahayakan negara pada masa hadapan.
10. Menimbulkan suasana ketakutan (culture of fear) di kalangan mahasiswa/i yang ingin bertanding dalam pemilihan MPP kerana identiti mereka telah didedahkan lebih awal sebelum hari penamaan bermula. Pelbagai situasi yang berbentuk tekanan, amaran buang kolej dan ugutan boleh terjadi dalam tempoh tersebut.
3. Sehubungan dengan itu, pihak kami ingin mengemukakan cadangan agar Kursus Kepimpinan seumpama ini diadakan selepas berakhirnya pemilihan MPP atas alasan berikut :
1. Kursus ini dapat meningkatkan mutu kepimpinan dan pendedahan awal akan tanggungjawab serta cabaran dalam kemimpinan kepada MPP baru.
2. Kursus akan menjadi relevan kerana dapat fokus kepada sasaran iaitu MPP yang baru dipilih, bukan kepada bakal calon yang belum tentu berjaya terpilih menjadi MPP.
3. Dapat menjimatkan kewangan universiti dalam penganjuran kursus terbabit kerana sasaran hanya 34 ahli MPP, bukannya seluruh mahasiswa UKM yang layak menjadi calon (sekiranya mereka memohon untuk megikuti kursus bakal calon ini).
4. Pertimbangan dan perhatian segera oleh pihak Yang Berbahagia Prof. Dato’ Dr. terhadap perkara ini amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih.
“MENGILHAMKAN HARAPAN, MENCIPTA MASA DEPAN”
Yang menjalankan tugas,
………………………………………….
AHMAD FARHAN BIN JUSOH
Ahli Majlis Perwakilan Pelajar (Caretaker MPP),
Universiti Kebangsaan Malaysia.
s.k. - Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Penyelidikan & Inovasi)
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa)
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni)
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Jaringan Industri & Masyarakat)
Pendaftar Universiti Kebangsaan Malaysia
Bendahari Universiti Kebangsaan Malaysia
Pengarah Pusat Perkembangan Pelajar
Sabtu, 2009 Januari 03
Surat Kepada NC
Posted by MPP GABUNGAN MAHASISWA at 18:59 Links to this post
Khamis, 2008 Oktober 09
Selasa, 2008 Oktober 07
KEBAJIKAN MAHASISWA/I DIUTAMAKAN
PERUTUSAN AHLI MPP
FAKULTI PENDIDIKAN SESI 2007/08
AHMAD FARHAN JUSOH &
MOHAMAD FADLAIL YADAIN BAHAROM
Assalamualaikum w.b.k. dan Salam Mahasiswa
Saudara/i,
MPP FPend sesi 2007/08 tidak diberi sebarang jawatan Exco ataupun Timbalan Exco dalam kabinet Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) 2007/08. Walaubagaimanapun, MPP FPend tetap berusaha menjalankan amanah dan tanggungjawab mengikut ruang yang ada khususnya dalam memperjuangkan keadilan dan kebajikan mahasiswa/i.
1.
MPP FPend telah menghantar surat kepada PTPTN pada 24 Mac 2008 untuk memohon elaun praktikum kepada mahasiswa/i Tahun Tiga Fakulti Pendidikan UKM biayaan pinjaman Perbadanan Tabung Pinjaman Tinggi Nasional yang terlibat dengan praktikum. Rasionalnya ialah mahasiswa/i tersebut terpaksa menanggung sendiri kos sara hidup semasa praktikum di sekolah-sekolah yang ditetapkan selama lapan minggu bermula 12 Mei 2008 hingga 14 julai 2008. Tambahan pula, tidak semua mahasiswa/i tersebut mendapat elaun daripada Kementerian Pelajaran Malaysia. Namun, pihak PTPTN telah menghantar surat dukacita pada 9 April 2008.
2.
MPP FPend telah menghantar surat kepada Bendahari UKM pada 28 Julai 2008 memohon agar membuat penyemakan semula terhadap beberapa yuran pelajar seperti berikut; Yuran Elektrik RM25 setiap pelajar, Yuran Khas Alumni RM50 setiap pelajar, kenaikan Yuran Khas Aktiviti Kolej dari RM80 kepada RM100, Jumlah yuran bagi setiap kolej di UKM yang berbeza-beza.
Sehubungan dengan itu, MPP FPend memohon agar pihak Bendahari UKM :
1. Menjelaskan kemunasabahan penetapan Yuran Elektrik, Yuran Khas Alumni dan kenaikan Yuran Khas Aktiviti Kolej.
2. Menjelaskan perkhidmatan yang diperolehi oleh setiap mahasiswa/i daripada penetapan Yuran Khas Alumni dan Yuran Khas Aktiviti Kolej.
3. Menjelaskan perbezaan yuran bagi kolej-kolej di bawah pentadbiran UKM
Sekiranya penetapan dan kenaikannya tidak munasabah, MPP FPend menggesa agar yuran tersebut dihapuskan dan dikembalikan kepada mahasiswa/i bagi mengurangkan bebanan ekonomi mahasiswa/i.
3. Kad Selamat Berpesatuan
Dalam tempoh Minggu Pengenalan Persatuan Pelajar (M3P) 21 hingga 25 Julai 2008, MPP FPend telah menghantar Kad Selamat Berpesatuan kepada Presiden-presiden atau Yang Di Pertua-Yang Di Pertua Persatuan, Kelab dan JAKSA. Antara perkara yang dikemukakan dalam kad tersebut ialah seruan untuk memperjuangkan falsafah UKM, kebajikan mahasiswa/i dan nilai keintelektualan dalam penganjuran program-program dan aktiviti berpesatuan.
4. Petisyen Membantah Kewujudan Kelab Aspirasi di Kolej Kediaman
Bagi menegakkan keadilan kepada semua kelompok mahasiswa/i, MPP FPend bersama MPP FPI telah menghantar Petisyen Membantah Kewujudan Kelab Aspirasi di Kolej Kediaman kepada Pejabat Naib Canselor pada 22 Ogos 2008. Rasionalnya ialah Kelab Aspirasi telah mengzahirkan kelab mereka terlibat secara lansung dalam Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar sedangkan ia bersalahan dengan perenggan 66.3 peraturan 66 Buku Panduan Calon PRK 2007 yang menyatakan bahawa calon-calon tidak dibenarkan bertanding secara kumpulan. Dalam masa yang sama, kelompok bukan Kelab Aspirasi tidak boleh mengzahirkan kumpulan mereka. Bukan tujuan MPP FPend untuk bermusuh dengan mana-mana individu atau kelompok, namun menjadi tanggungjawab MPP FPend menyampaikan suara-suara hati kecil mahasiswa/i UKM khususnya yang tinggal di kolej.
5. Memorandum PRK Adil & Berdemokrasi
Kebajikan mahasiswa/i bukan sahaja dari aspek fizikal, tetapi juga kebajikan emosi. Bagi memberi ruang kepada mahasiswa/i memilih kepimpinan mahasiswa/i yang berkualiti tanpa ada unsur ugutan, paksaan dan ketakutan di samping menambahbaikkan lagi sistem perjalanan Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar, MPP FPend bersama MPP FPI telah menghantar Memorandum PRK Adil dan Berdemokrasi kepada Pejabat Naib Canselor pada 15 September 2008. Sebanyak sembilan tuntutan dikemukakan iaitu :
1. Tempat pengundian ditukar ke Fakulti dan bukan lagi di Kolej Kediaman
2. Menukarkan sistem Peti Undi mengikut tahun kepada sistem Peti Undi semua tahun
3. Tarikh Pilihanraya Kampus ditukar daripada Semester I kepada Semester II
4. Mewujudkan satu jawatankuasa pemantau pilihanraya yang benar-benar telus
5. Mewujudkan kembali Malam Manifesto Calon
6. Menghapuskan nombor siri pada kertas undi
7. Pengumuman keputusan pengiraan undi hendaklah dijalankan mengikut undang-undang
8. Larangan Kelab Aspirasi untuk terlibat secara langsung dalam Pilihanraya Kampus
9. Wakil Calon hendaklah terdiri daripada pelajar Fakulti sama dengan Calon sahaja dan bukannya mengikut persamaan kolej
6.
MPP FPend telah mengemukakan Surat Aduan kepada Timbalan Dekan (Pra-Siswazah) Fakulti Pendidikan dan Dekan Fakulti Pendidikan pada 18 September 2008 agar mempercepatkan pengagihan Buku Panduan Fakulti Pendidikan kepada mahasiswa/i tahun satu dan menyegerakan pengeluaran keputusan praktikum mahasiswa/i tahun empat rentetan aduan daripada mahasiswa/i berkenaan.
7. Menguruskan Urusan Mahasiswa/i Pengajian Tiga Tahun Setengah
Seramai 35 orang mahasiswa/i Fakulti Pendidikan kemasukan 2005/2009 akan menamatkan pengajian selama 3 tahun setengah. 30 orang daripada Pendidikan al-Quran dan Pendidikan Islam, empat orang daripada Pendidikan Sains dan seorang daripada Pendidikan Khas. Pada peringkat awal, MPP FPend mengambil inisiatif membantu mereka untuk mendapatkan kurusus-kursus yang perlu dilengkapkan sebelum tamat pengajian. Kemudian, MPP FPend bersama rakan-rakan dengan bantuan pentadbiran fakulti menguruskan urusan penempatan mahasiswa/i tersebut dengan Bahagian Sumber Manusia, Kementerian Pelajaran
Labels: Ahmad Farhan Jusuh
Posted by MPP GABUNGAN MAHASISWA at 10:47 0 comments Links to this post
MANIFESTO MPP FPEND YANG TERLAKSANA DI FAKULTI PENDIDIKAN
1) Sudah wujud satu pusat kemudahan pelajar pra-siswazah yang mempunyai ruang perbincangan, ruang study dan ruang rehat pelajar.
2) Perkhidmatan Wireless di Seluruh Kawasan Fakulti Pendidikan
3) Pemasangan Projektor dan LCD yang lengkap di setiap bilik Tutorial di Gerak Minda Fakulti Pendidikan
Labels: Mohamad Fadlail Yadain Baharom
Posted by MPP GABUNGAN MAHASISWA at 10:45 0 comments Links to this post
| UNIVERSITI KEBANGSAAN |
Ruj. Kami : MPPFPend / UKM / 08 / 4
Tarikh : 28 JULAI 2008
Tuan Haji Mohd. Abd. Rashid Mohd Fadzil
Bendahari UKM,
Universiti Kebangsaan
43600 Bangi, Selangor Darul Ehsan.
Tuan,
MEMOHON SEMAKAN SEMULA YURAN PELAJAR
Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk untuk makluman dan tindakan pihak tuan.
2. Berhubung dengan perkara di atas, saya mewakili suara mahasiswa/i UKM ingin memohon agar pihak tuan membuat penyemakan semula terhadap yuran pelajar seperti berikut :
2.1. Yuran Elektrik RM25 setiap pelajar
2.2. Yuran Khas Alumni RM50 setiap pelajar
2.3. Kenaikan Yuran Khas Aktiviti Kolej dari RM80 kepada RM100
2.4. Jumlah yuran bagi setiap kolej di UKM yang berbeza-beza
3. Sehubungan dengan itu, pihak kami memohon agar pihak tuan :
3.1. Menjelaskan kemunasabahan penetapan Yuran Elektrik, Yuran Khas Alumni dan kenaikan Yuran Khas Aktiviti Kolej.
3.2. Menjelaskan perkhidmatan yang diperolehi oleh setiap mahasiswa/i daripada penetapan Yuran Khas Alumni dan Yuran Khas Aktiviti Kolej.
3.3. Menjelaskan perbezaan yuran bagi kolej-kolej di bawah pentadbiran UKM.
4. Justeru, sekiranya penetapan dan kenaikannya tidak munasabah, pihak kami menggesa agar yuran tersebut dihapuskan dan dikembalikan kepada mahasiswa/i. Segala pertimbangan dan perhatian segera oleh pihak tuan terhadap perkara ini bagi mengurangkan bebanan ekonomi mahasiswa/i amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih.
“MENGILHAMKAN HARAPAN, MENCIPTA MASA DEPAN”
Yang menjalankan tugas,
………………………………………….
AHMAD FARHAN BIN JUSOH
Majlis Perwakilan Pelajar,
Fakulti Pendidikan,
Universiti Kebangsaan Malaysia
s.k. - Fail MPP Fakulti Pendidikan UKM
Naib Canselor UKM
Jawatankuasa Kebajikan Siswa/i (JAKSA) Kolej-kolej UKM
Labels: Ibnu Alhamfari
Posted by MPP GABUNGAN MAHASISWA at 10:34 0 comments Links to this post
ADUAN PELAJAR
Rujukan :MPPFpend0708 /UKM/08/5 Tarikh : 18 September 2008
Dr. Norlena Salamuddin
Timbalan Dekan (Pra-Siswazah),
Fakulti Pendidikan,
Universiti Kebangsaan Malaysia,
43600 Bangi, Selangor.
Dr.,
ADUAN PELAJAR
Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.
2. Berhubung dengan perkara di atas, saya ingin mengemukakan aduan mahasiswa/i Fakulti Pendidikan seperti berikut :
2.1. Aduan daripada mahasiswa/i tahun empat : keputusan praktikum masih belum dikeluarkan walaupun sembilan minggu telah berlalu tempoh praktikum.
2.2. Aduan daripada mahasiswa/i tahun satu : belum mendapat buku Panduan Prasiswazah Fakulti Pendidikan sesi akademik 2008-2009.
3. Sehubungan dengan itu, saya mewakili suara mahasiswa/i Fakulti Pendidikan memohon agar :
3.1. Mempercepatkan pengeluaran keputusan praktikum bagi tahun empat.
3.2. Menyegerakan pengagihan buku Panduan Prasiswazah Fakulti Pendidikan sesi akademik 2008-2009 kepada mahasiswa/i tahun satu.
4. Segala pertimbangan dan perhatian segera oleh pihak Dr. terhadap perkara ini amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih
“MENGILHAMKAN HARAPAN, MENCIPTA MASA DEPAN”
Yang menjalankan tugas,
……………………………………..
(AHMAD FARHAN BIN JUSOH)
Majlis Perwakilan Pelajar,
Fakulti Pendidikan,
Universiti Kebangsaan Malaysia.
s.k. - Fail MPP Fakulti Pendidikan
Dekan Fakulti Pendidikan.
Labels: Ibnu Alhamfari
Posted by MPP GABUNGAN MAHASISWA at 10:27 0 comments Links to this post
Isnin, 2008 September 15
GMUKM BERTANDANG KE FAKULTI PENDIDIKAN
Sudara fikah memegang panji GMUKM yang menerangkan Falsafah UniversitiLabels: Ibnu Alhamfari
Posted by MPP GABUNGAN MAHASISWA at 11:52 0 comments Links to this post
MPP GMUKM Menziarahi Pelajar FPI Yang Terlibat Dalam Kemalangan
Sungguh sedih mendengar luahan seorang sahabat yang terlibat di dalam kemalangan jalan raya kira-kira 4 bulan yang lalu. Mangsa yang bernama Rahimi Yusuf, seorang pelajar fakulti Pengajian Islam UKM terpaksa melalui detik kesangsaraan ketika Koma hampir 20 hari. Munurutnya ketika kemalangan berlaku beliau tidak menyedari apa yang berlaku terhadapnya. ketika beliau sedar beliau langsung tidak mengenali sesiapapun sehinggakan TV, Talifon Bimbit pun beliau tidak mengenali. Ditanya adakah di masih ingatkan rakan-rakan yang lain, beliau berkata ada yang dia ingat dan ada yang dia lupa.
Alhamdulillah, kini beliau mampu lagi berjalan dan meneruskan kehidupannya seperti biasa. Namun, beliau masih lagi tidak sekuat dahulu bahkan otak serta matanya masih lagi sakit dan perlukan rawatan. ketika saya dan sekumpulan pelajar fakulti pengajian Islam menziarahinya, beliau kelihatan amat gembira dan seronok sekali. Semasa kami hendak pulang ke UKM, Beliau seringkali berpesan kepada kami supaya berhati-hati ketika memandu.
Bagi pihak MPP GMUKM kami sentiasa mendoakan kesihatan saudara rahimi. Mudah-mudahan beliau sentiasa tabah di dalam menghadapi ujian Ilahi ini. Di kesempatan ini juga, saya ingin menasihati seluruh warga UKM agar berhati-hati ketika memandu apatahlagi ketika musim perayaan ini. akhir sekali, sama-samalah kita mendoakan kesihatan saudara Rahimi agar beliau sentiasa redho dan mampu lagi untuk meneruskan pengajiannya yang masih tertangguh di UKM
Labels: Ibnu Alhamfari
Posted by MPP GABUNGAN MAHASISWA at 11:47 0 comments Links to this post
Khamis, 2008 September 11
MAHASISWA UKM DITUNTUT MENANDATANGANI MEMORANDUM MENUNTUT PRK BERSIH DAN ADIL
Di atas kesedaran untuk mempertahankan ketinggian martabat budaya ilmu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan demi menjamin suasana demokrasi tulen subur di perbukitan ilmu ini, maka kami mewakili seluruh Mahasiswa yang berdaftar sebagai pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia menuntut 9 atau salah satu daripada perkara berikut dijalankan dan dikuatkuasakan dengan tegas oleh pihak pentadbiran.
- MEMANSUHKAN SISTEM PETI UNDI TAHUN TIGA DAN DITUKAR KEPADA SISTEM PETI UNDI SEMUA TAHUN
- TARIKH PILIHANRAYA KAMPUS (PRK) MESTILAH DIUBAH DARIPADA SEMESTER I (JULAI-NOVEMBER) KEPADA SEMESTER II (JANUARI-MEI)
- TEMPAT UNTUK MEMBUANG UNDI DITUKAR KE FAKULTI DAN BUKAN LAGI DI KOLEJ KEDIAMAN.
- MEWUJUDKAN SATU JAWATANKUASA PEMANTAU PILIHANRAYA YANG BENAR-BENAR TELUS.
- MEWUJUDKAN KEMBALI MALAM MANIFESTO CALON.
- MENGHAPUSKAN NOMBOR SIRI PADA KERTAS UNDI.
- PROSES PENGUMUMAN KEPUTUSAN PENGIRAAN UNDI HENDAKLAH DIJALANKAN MENGIKUT UNDANG-UNDANG.
- LARANGAN KELAB ASPIRASI UNTUK TERLIBAT SECARA LANGSUNG DALAM PILIHANRAYA KAMPUS (PRK).
- WAKIL CALON HENDAKLAH TERDIRI DARIPADA PELAJAR FAKULTI YANG SAMA DENGAN CALON SAHAJA DAN BUKANNYA MENGIKUT PERSAMAAN KOLEJ.
Posted by MPP GABUNGAN MAHASISWA at 11:55 0 comments Links to this post
DIALOG BERSAMA PEMIMPIN GMUKM
HARI : Isnin
TEMPAT : Dewan Kuliah 3F201
Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan
MASA : 7.00Malam
AGENDA :
Majlis berbuka puasa & makan malam
bersama pemimpin gmukm
Tayangan gambar
Solat terawikh beramai-ramai
(bawa sejadah masing-masing)
Sesi dialog bersama bersama pemimpin
* Bas disediakan
Untuk maklumat lanjut sila layari gm-ukm.blogspot.com
Posted by MPP GABUNGAN MAHASISWA at 11:54 0 comments Links to this post
Isnin, 2008 September 01
AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN
Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.
1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-
2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-
3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-
4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-
5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-

PENERANGAN HADIS
1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.
2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.
3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.
4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.
5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.
6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.
7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.
8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.
9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.
10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.
11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap
Posted by MPP GABUNGAN MAHASISWA at 11:55 0 comments Links to this post
Khamis, 2008 Ogos 28
Sungai Tangkas- Kira-kira jam 6.00 petang kampung sungai tangkas, Bangi Selangor telah mengalami banjir kilat. Banjir ini berlaku akibat daripada keadaan sungai yang cetek dan projek longkang yang masih lagi tidak siap sehingga kini. Selain itu, ada juga penduduk yang mendakwa ianya juga berlaku disebabkan oleh perlepasan air tadahan yang dikawal dan diselia oleh pihak-pihak tertentu. Akibatnya air terlalu laju mengalir sehingga air melimpahi kawasan kampung yang agak rendah. Saya yang berada di kawasan itu juga mendapati bahawa sungai tersebut terlalu cetek dan banyak pokok tumbang yang menghalang perjalanan air tersebut.
Dalam kejadian ini, beberapa buah rumah penduduk kampung di sini dimasuki air sehingga keparas lutut. Selain itu, Ada juga pelajar Fakulti Pendidikan dari program Pendidikan Islam dan Al-Quran, UKM juga mengalami nasih yang sama. Rumah mereka juga dimasuki air sehingga ke paras lutut. Namun dalam kejadian ini tiada kecelakaan yang serius dilaporkan.
Dikesempatan ini, saya sebagai MPP Fakulti Pendidikan berharap para pelajar Fakulti Pendidikan yang terlibat dengan bencana ini dapat bersabar dan menerima ujian daripada ILahi ini dengan hati yang terbuka. Saya mengharapkan pihak-pihak yang berwajib seperti MPKJ sudi datang untuk meninjau kawasan tersebut disamping melakukan usaha-usaha yang mungkin dapat membantu kesusahan penduduk-penduduk kampung tersebut
Labels: Ibnu Alhamfari
Posted by MPP GABUNGAN MAHASISWA at 15:25 0 comments Links to this post
Rabu, 2008 Ogos 27
ANWAR MENANG DI PERMATANG PAUH
Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim kembali ke Parlimen selepas 10 tahun setelah memenangi pilihan raya kecil Permatang Pauh semalam. Beliau yang meraih 31,195 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Arif Shah Omar Shah yang mendapat 15,524 undi dengan majoriti 15,671 undi.
Kemenangan Anwar sudahpun dijanka namun undi yang diperoleh beliau lebih meningkat berbanding yang diraih oleh Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dengan majoriti 13,398 undi.
Seorang lagi calon dari Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM), Hanafi Mamat, 61, pula hilang wang deposit RM10,000 apabila hanya meraih 92 undi. Keputusan diumumkan Pengurus Pilihan Raya, Roslan Yahaya di Institut Penguruan Tuanku Bainun pukul 10 malam. Turut berada bersama Anwar, isteri beliau Wan Azizah, anak mereka Nurul Izzah, Ketua Menteri, Lim Guan Eng serta beberapa Ahli Parlimen dari PKR dan DAP.
Sementara itu, Anwar yang bersyukur dengan kemenangan itu berharap semua pihak menerima keputusan tersebut dengan baik. Katanya, menerusi kemenangan ini beliau akan meneruskan agenda yang dijanjikan kepada rakyat. Dalam pada itu, Arif Shah memberitahu, beliau akan terus memberi khidmat bakti seperti biasa kepada masyarakat di kawasan tersebut.
"Saya tidak rasa apa-apa. Sebenarnya saya dipilih oleh parti untuk bertanding sebagai calon BN. Kalah dan menang terletak di tangan pengundi," katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Seberang Jaya di sini.
KEMENANGAN PAKATAN RAKYAT
Kematangan berfikir rakyat
Kesan kenaikkan taraf hidup ditambah pula dengan kenaikkan harga barang, harga minyak dan harga makanan menyumbang kepada kemengangan pakatan rakyat. Hal ini kerana rakyat merasakan kerajaan yang ada kini gagal untuk menjaga kepentingan rakyat. Rakyat menderita dan terbeban dengan kenaikkan harga minyak yang terlalu tinggi sedangkan dalam pada masa yang sama,
Media yang menjadi alat sesuatu parti politik di Negara ini bertindak secaras melulu dengan memaparkan segala keburukkan yang ditimbulkan oleh pakatan rakyat sedangkan keburukkan pihak lain tidak ditunjukkan. Perkara inilah yang menyebabkan rakyat merasa muak dengan berita-berita yang dilemparkan oleh media masa kini. Apa tidaknya, kes liwat yang melibatkan Anwar dan saiful bukhori, kes-kes keganasan penyokong PKR, kes rasuah 2 exco PKR Perak dan banyak lagi yang dipaparkan dan digembar gemburkan di saat pilihan raya akan berlansung. Media seolah-olah menyebelahi mencari kesalahan orang dan bertindak hanya di sebelah pihak sahaja. Berita-berita yang diteria tidak menyeluruh. Yang menyeluruh hanyalah keburukan-keburukan Pakatan Rakyat yang memerintah di
Posted by MPP GABUNGAN MAHASISWA at 08:20 0 comments Links to this post
Rabu, 2008 Ogos 20
GABUNGAN MAHASISWA UNTUK SEMUA MAHASISWA
“HARAPAN BARU MAHASISWA”
Gabungan Mahasiswa adalah pakatan mahasiswa mahasiswi yang bergabung untuk memperjuangkan tiga dasar utama iaitu memperjuangkan Falsafah Universiti, kebajikan mahasiswa mahasiswi serta memperjuangkan keintelektualan dan keimuan. Pakatan mahasiswa mahasiswi ini untuk seluruh mahasiswa tidak kira agama, bangsa dan fahaman ideologi. Ini bemakna, Gabungan Mahasiswa untuk semua bangsa; Melayu,
Gabungan Mahasiswa merupakan gagasan mahasiswa yang bukan semata-mata memperjuangkan politik kekuasaan atau politik kepartian, tetapi mengutamakan perjuangan politik nilai (independent group, catalys, pressure group, sofwah al-mukhtarah, check and balance, watch-dog). Mahasiswa mahasiswi tidak sepatutnya dicanangkan hanya untuk menjadi ‘pak turut’ atau ‘pak angguk’. Sebaliknya, mahasiswa mahasiswi sewajarnya diberi ruang dan peluang untuk memberi pandangan, cadangan, nasihat dan teguran kepada semua pihak sama ada pihak kerajaan, pembangkang, badan bukan kerajaan (NGO), syarikat-syarikat dan lain-lain.
Dengan motto “HARAPAN BARU MAHASISWA”, kepimpinan Gabungan Mahasiswa menyeru semua front-front, persatuan-persatuan, kelab-kelab sama ada rasmi atau tidak rasmi, Jawatankuasa Kebajikan Siswa/i (JAKSA) kolej dan seluruh mahasiswa mahasiswi UKM tanpa mengira agama dan bangsa untuk bersama Gabungan Mahasiswa dalam menggerakkan universiti. (sumber :GMUKM)
Posted by MPP GABUNGAN MAHASISWA at 12:52 0 comments Links to this post
SEJARAH RINGKAS GMUKM
Latar Belakang Penubuhan
Menurut Artikel 10 (1) Perlembagaan Persekutuan :
a) Setiap rakyat mempunyai hak untuk bersuara
b) Setiap rakyat mempunyai hak untuk berhimpun secara aman tanpa senjata
c) Setiap rakyat mempunyai hak untuk berpersatuan
Peruntukan yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan ini seharusnya digunakan dengan sebaik mungkin oleh mahasiswa dalam mempertahankan hak mereka. Mahasiswa perlu menyatakan pandangannya secara kolektif dan efisyen seandainya tidak mahu terus ketinggalan dalam arus teknologi masa kini.
Idea demokrasi lahir daripada evolusi pemikiran politik Barat yang berpaksikan kedaulatan rakyat. Ini bermakna parlimen berperanan dalam menggubal dan meluluskan dasar yang melibatkan kepentingan rakyat. Ia dilakukan melalui wakil rakyat. Parlimen, melalui wakil rakyat, bertanggungjawab secara langsung kepada rakyat. Demokrasi jenis inilah yang diamalkan oleh sebahagian besar negara demokrasi seluruh dunia termasuk Malaysia. Situasi yang sama juga berlaku dalam konteks universiti. Konsep demokrasi yang sama juga diguna pakai untuk pemilihan wakil pelajar sebagaimana tertulis di dalam Akta Universiti dan Kolej Universiti (PINDAAN) 1975, seksyen 48.
Namun kita melihat fungsi yang dimainkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sesi 2003/04 hingga 2007/08 tidak menggambarkan bahawa mereka merupakan wakil kepada pelajar untuk menjadi pembela terhadap kebajikan pelajar. Pemilihan mereka juga dilihat tidak telus dan bertentangan dengan AUKU 1971, pindaan 1975 dan Perlembagaan Universiti sendiri.
Atas kesedaran inilah, maka sebuah gagasan yang menggabungkan hasrat kesemua mahasiswa/i Universiti Kebangsaan Malaysia ditubuhkan yang dikenali sebagai ‘Gabungan Mahasiswa’ atau singkatannya GMUKM.
Sejarah Penubuhan
Menurut sejarah awal penubuhan, ‘Gabungan Mahasiswa’ didasarkan kepada beberapa pertemuan awal dengan pimpinan tertinggi setiap gerakan sebelum rundingan penuh bersama semua pimpinan dilakukan. Kemudian, pada tanggal 22 Ogos 2005 satu persetujuan telah dicapai untuk menubuhkan Gabungan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia atau ringkasnya disebut Gabungan Mahasiswa atau GMUKM.
Pakatan mahasiswa/i di atas nama ‘Gabungan Mahasiswa’ ini perlu diteruskan kerana :
i. Terlalu banyak isu yang diperjuangkan secara tidak serius oleh PMUKM-Aspirasi. Antaranya ialah isu keselamatan diri dan kenderaan, ugutan dan penyalahgunaan kuasa, kos pentadbiran 3% PTPTN, pemansuhan/pindaan AUKU. Hanya isu yang mempunyai kepentingan sahaja diperjuangkan secara serius.
ii. Perlu wujud satu kerjasama yang melibatkan pelbagai kaum dan lapisan masyarakat universiti walaupun daripada idealisme yang berbeza. Apa yang disepakati ialah memperjuangkan Falsafah Universiti, kebajikan mahasiswa/i dan masyarakat UKM tanpa mengira kaum serta memartabatkan nilai keilmuan dan keintelektualan Universiti Kebangsaan Malaysia.
iii. Suara-suara kecil mahasiswa mahasiswi tidak diambil peduli oleh PMUKM-Aspirasi. Tambahan pula sebelum daripada ini, suara mahasiswa dipandang sinis oleh mereka dan dikatakan tidak bersepadu kerana hanya segelintir ‘golongan’ yang memperjuangkannya.
iv. Mahasiswa perlu bersatu atas satu nama untuk menunjukkan bahawa HAK MAHASISWA adalah hak bersama dan mesti diperjuangkan. Mahasiswa perlu bangkit menyatakan ketidakpuashatian mereka terhadap sistem dan corak pentadbiran serta pengurusan PMUKM-Aspirasi.
v. Perlu mengenepikan segala pertikaian dan perbezaan ideologi sebelum ini kerana selagi HAK MAHASISWA tidak dikembalikan selagi itu golongan yang lemah akan ditindas sama ada mahasiswa mahupun kakitangan universiti.
vi. Untuk menjadi Alternatif kepada PMUKM-Aspirasi untuk mencapai dan merealisasikan matlamat dan dasar yang disepakati.
Dasar
Gabungan Mahasiswa memperjuangkan :
1. Falsafah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
2. Kebajikan semua mahasiswa/i dan masyarakat Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) tanpa mengira batasan agama dan kaum.
3. Nilai keintelektualan dan keilmuan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Keanggotaaan Terkini
Gabungan Mahasiswa dengan wajah baru pada kali ini dianggotai oleh gabungan front-front lama dan baru iaitu iaitu MAMPU (Membina Mahasiswa Penggerak Ummah), GMM (Gerakan Mahasiswa Maju), Malaysia Youth Democratic Movement (DEMA), JKMI (Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa/i), Indian Democratic Council, Pertubuhan Mahasiswa Sosialis UKM, GMLN (Gerakan Mahasiswa Lantang Negara), GAPIM (Gerakan Pelajar Intelek Malaysia), Solidariti Hak Asasi Mahasiswa UKM, Laws Faculty Council (LawFaC), Pertubuhan Mahasiswa Profesional Perubatan & Kesihatan UKM (Pro-PKUKM), KARISMA (Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia), Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Pertubuhan Johorian dan Penang Guide.
Motto
Sumber : GMUKM
Labels: Ibnu Alhamfari
Posted by MPP GABUNGAN MAHASISWA at 12:46 0 comments Links to this post
HASRAT SEORANG AYAH YANG TIDAK KESAMPAIAN

Hasrat seorang bapa untuk melihat anak sulung lelakinya menerima ijazah pada Konvokesyen Ke-41 Universiti Teknologi Malaysia (UTM) semalam, tidak kesampaian apabila beliau meninggal dunia kira-kira 100 meter sebelum memasuki Dewan Sultan Iskandar universiti itu.
Dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu, bekas Timbalan Pengarah Pos Malaysia Johor, Abdullah Halos, 55, dikatakan rebah ketika berjalan bersama isteri dan tiga anaknya selepas meletakkan kereta berhampiran tasik UTM, kira-kira 400 meter dari dewan berkenaan.
Pasukan perubatan UTM yang kebetulan berada di kawasan itu, membawa Abdullah ke Pusat Kesihatan UTM dengan ambulans untuk mendapatkan rawatan, tetapi disahkan sudah meninggal dunia.
Anaknya, Mohd Fairul, 23, berkata ketika itu beliau bersiap di belakang dewan untuk menerima Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Geomatik yang dijadualkan pada jam 1.30 tengah hari. "Saya terkilan ayah tidak sempat melihat saya menerima ijazah. Namun, kami reda dengan pemergiannya kerana Allah lebih menyayanginya," katanya.
Dikesempatan yang seketika ini, MPP Gabungan Mahasiswa UKM mengucapkan Takziah kepada keluarga Allahyarham terutamanya kepada anaknya iaitu Mohd Fairul. semoga sentiasa bersabar atas ketentuan yang telah ditetapkan oleh Ilahi. Ingatlah sesungguhnya setiap yang bernyawa itu pasti akan merasai kematian dan akan kembali kepada penciptanya iaitu Allah S.W.T. Kami mendoakan agar roh Allahyarham dirahmati Allah dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh.
Labels: Ibnu Alhamfari
Posted by MPP GABUNGAN MAHASISWA at 12:29 0 comments Links to this post
500 MAHASISWA GEMPUR PARLIMEN
KUALA LUMPUR 18 Ogos - Gerakan Mahasiswa Mansuhkan AUKU (GMMA) hari ini berjaya menghimpunkan kira-kira 500 mahasiswa untuk berdemonstrasi di hadapan bangunan Parlimen yang bermula jam 8.30 pagi tadi.
Walaupun beberapa pegawai HEP dari IPT -IPT tertentu turut hadir untuk ‘mengambil gambar’ dan ‘menghantar laporan’ kepada Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar masing-masing, namun ianya tidak sesekali mematahkan semangat mereka yang hadir.
Menurut jurucakap GMMA, saudara Ahmad Shahir Abdul Aziz komitmen yang ditunjukkan oleh mahasiswa dari setiap kampus adalah memberangsangkan dalam menjayakan perhimpunan berkenaan.
”Kita optimis dengan kehadiran begitu ramai mahasiswa dalam perhimpunan ini berkeupayaan memberikan kesan yang besar dalam perbahasan rang undang-undang Pindaan AUKU di Parlimen nanti”. katanya.
Perhimpunan tersebut yang dipengerusikan oleh saudara Syazni Munir turut menampilkan ucapan pemimpin-pemimpin mahasiswa dari front-front yang lain.
Perhimpunan tersebut juga menyaksikan lima pemimpin mahasiswa dibenarkan masuk ke Dewan Rakyat untuk berbincang secara langsung dengan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Idris Harun berkenaan bantahan draf pindaan AUKU yang hanya bersifat kosmetik semata-mata.
Kelima-lima pemimpin berkenaan ialah wakil GMMA, saudara Ridzuan Mohamad, Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia, saudara Haafizudin Abirerah, , wakil Persatuan Mahasiswa Undang-undang UIAM, saudara Faridzul M. Nasaruddin, Exco Pendidikan & Penyelidikan PKPIM, saudara Muhammad Faisal Abdul Aziz, dan Zawani Rosle.
Sementara itu, menurut wakil GMMA, saudara Ridzuan Mohammad mereka berpuas hati walaupun tujuan perhimpunan itu diadakan ialah untuk menemui sendiri Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin bagi menyerahkan Memorandum Pemansuhan AUKU 1971 (Pindaan 1975) dan Bantahan Pindaan AUKU 1971 (Pindaan 1975).
“Ok la walaupun tak 100 peratus berjaya. Matlamat kami hari ini ingin berjumpa dengan menteri atau timbalan menteri. Kami berterima kasih kepada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Idris Haron kerana sudi menemui kami walaupun dalam tempoh yang singkat,” katanya kepada media di lobi Parlimen.
Tambah beliau, pihaknya tidak akan menerima sebarang tawaran bagi menyerahkan memorandum tersebut kepada mana-mana wakil kementerian kerana khuatir ia tidak disampaikan kepada menteri.
“Pendirian kami jelas dan kami tidak akan berganjak dengan pendirian untuk menyuarakan rasa tidak puas hati kami kepada menteri atau timbalan menteri walaupun dalam keadaan hujan,” ujarnya.
“Kami berharap supaya ahli Parlimen sama ada dalam Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Rakyat supaya membahaskan perkara ini dengan serius untuk kepentingan generasi masa depan serta menggantikan dengan akta yang lebih relevan”.
“Selain itu biarlah dengan perbahasan tersebut mampu menghasilkan kesimpulan yang lebih positif kepada semua mahasiswa,” tambah beliau lagi.
Kekecohan berlaku seketika apabila ‘mayat’ yang dibawa oleh mahasiswa dirampas oleh pihak polis. ‘Mayat’ yang dikafankan dengan kain putih sebagai simbolik mahasiswa yang dikongkong AUKU tersebut dirampas selepas perhimpunan bersurai. sumber : mahasiswakini.com
Posted by MPP GABUNGAN MAHASISWA at 00:56 0 comments Links to this post
PELAJAR USM DIPERCAYAI LEMAS
Sebentar tadi penulis membaca akhbar Harian Metro bertarikh 19 ogos 2008. Di dalam akhbar tersebut dikahabarkan bahawa seorang pelajar tahun 4 jurusan sains, Universiti Sains Malaysia dipercayai lemas di pantai kem pengakap Teluk Bahang selepas terjatuh menaiki jet ski bersama tunang dan adik perempuannya.
Menurut akhbar tersebut, usaha mencari oleh unit skuba yang dijalankan dari jam 12 sampai 6.30 petang masih gagl menemui mayat mangsa. Mangsa yang berasal dari Kajang, Selangor dipercayai berkelah bersama keluarga tunangnya yang juga berasal dari Kajang, Selangor.
Jadi penulis menyeru kepada seluruh mahasiswa agar sama-sama kita berdoa kepada Allah agar mayat mangsa dapat ditemui dalam masa yang terdekat dan sama-sama kita menghadiahkan AL-FATIHAH kepada mangsa. Semoga Allah merahmati mangsa.
Labels: Ibnu Alhamfari
Posted by MPP GABUNGAN MAHASISWA at 00:55 0 comments Links to this post
Khamis, 2008 Ogos 14
KEMPEN HARI UNGGU

KEMPEN HARI UNGU
14 Ogos 2008 KHAMIS
Nyatakan sokongan anda kepada barisan Gabungan Mahasiswa dengan berbaju ungu pada tarikh tersebut.
WE UNITE
"Bersama Mahasiswa"
KEILMUAN FALSAFAH KEBAJIKAN
Posted by MPP GABUNGAN MAHASISWA at 19:18 0 comments Links to this post
SELAMAT MENGGUNDI
Justeru, di kesempatan ini, saya mewakili Majlis Perwakilan Pelajar Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menyeru kepada mahasiswa/I UKM yang berasal daripada parlimen Permatang Pauh agar pulanglah yang disiarkan oleh TV3 banyak lagi disiarkan kehidupan rakyat yang miskin dan perlu dibantu oleh pihak-pihak yang berkenaan. Akan tetapi mereka ini tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya padahal mereka pun rakyat untuk menunaikan tanggungjawab anda kepada Negara. Buatlah pilihan yang bijak agar kita tidak menyesal di kemudian hari. Pilihlah pemimpin yang mahu membantu dan sanggup menbela nasib rakyat bukannya pemimpin yang hanya beromong kosong serta mahu mengayakan poketnya sendiri dengan menggunakan kejahilan rakyat sebagai pentas bagi dirinya untuk mengaut keuntungan Duniawi.
Labels: Ibnu Alhamfari
Posted by MPP GABUNGAN MAHASISWA at 18:06 0 comments Links to this post
GOLONGAN LELAKI YANG AKAN MASUK KE NERAKA

PERTAMA SEORANG AYAH
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia.Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya.Dia membiarkan anak-anakperempuannya tidak menutup aurat.....tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan Dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.
KEDUA SEORANG SUAMI
Apabila seorang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya.Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram,apabila suami berdiam diri.....walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh,puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.
KETIGA SEORANG ABANG
Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pula abang-abangnya.....jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM.....tunggulah tarikan adiknya di akhirat.
KEEMPAT ANAK LELAKI
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari islam,maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak.....nantikan tarikan ibunya.
Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat.....maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang/anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar agar terselamat daripada azab api neraka....
-KITAB IHYA' ULUMUDDIN-
Labels: Ibnu Alhamfari
Posted by MPP GABUNGAN MAHASISWA at 18:03 0 comments Links to this post
Jumaat, 2008 Ogos 08
SELAMAT MENYAMBUT KONVOKESYEN UKM KE 36
Pesta Konvokesyen ke 36 telah pun selamat dirakmikan pada 6 Ogos 2008 oleh Censelor UKM iaitu DYMM Tunku Yang Di-Pertua Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Jaafar Ibni Almarhum Tungku Abdul Rahman. Sedikit kekecewaan terukir apabila majlis perasmian pesta konvokesyen yang bertemakan Mengkasa Integriti Menjana Wawasan ternyata gagal menarik minat mahasiswa/I untuk hadir ke Dewan Gemilang untuk memeriahkan majlis tersebut. Paling mengecewakan Sekretariat Pesta Konvo ternyata lebih ramai daripada para hadirin pada malam tersebut. Dimanakah Mahasiswa/I ketika ini? Bukan setakat itu sahaja, malahan pimpinan-pimpinan Pelajar seperti Persatuan Mahasiswa Fakulti (PMF), Pimpinan Anak Negeri dan lainnya juga tidak ramai yang menghadirkan diri ke perasmian tersebut.
Disini menjadi kekeliruan bagi saya mengapakah hal ini terjadi? Mengapakan mahasiswa kurang berminat dengan perasmian ini? Adakah maklumat tentang program ini tidak diketahui atau kurang dihebahkan? Adakah mahasiswa/I berasa jemu kerana program-program ini acapkali dilakukan setelah PMUKM bertukar tampuk pemerintahan sehinggakan ianya dijadikan program wajib setiap tahun untuk dilaksanakan? Justeru, Saya tinggalkan persoalan ini untuk dijawab dan difikir oleh seluruh mahasiswa/I UKM.
Walaupun begitu, dikesempatan yang seketika ini, Majlis Perwakilan Pelajar Fakulti Pendidikan mengucapkan Selamat Menyambut Konvokesyen yang ke 36 kepada seluruh mahasiswa/I yang akan menerima segulung ijazah hasil penat lelah dan kesungguhan dalam menimba Ilmu di UKM terutamanya kepada abang-abang dan akak-akak dari Fakulti Pendidikan. Akhir kata, Tahniah dan Syabas Saya ucapkan di atas kejayaan anda untuk mengengam segulung ijazah yang begitu bermakna bagi kita semua. Semoga kejayaan ini terus menjadi pendorang bagi anda untuk terus maju ke bidang pekerjaan yang lebih mencabar. Ingatlah bahawa tugas kita sebagai pendakwah dan pejuang kebenaran tidak akan terhenti di sini sahaja sebaliknya ianya akan terus diperjuangkan sehingga ke titisan darah yang terakhir. Wasalam
Labels: Ibnu Alhamfari
Posted by MPP GABUNGAN MAHASISWA at 18:07 0 comments Links to this post
Rabu, 2008 Julai 30
PERJALANAN ISTIMEWA ISRAK MIKRAJ
Firman Allah bermaksud: "Maha suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Masjidil-Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya (dengan diturunkan nabi-nabidi negeri itu dan kesuburan tanahnya), agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." (Surah al-Isra', ayat 1)
Peristiwa ini berlaku setahun sebelum hijrahnya Nabi SAW ke Madinah bersamaan tahun 721 Masihi. Ia berlaku di tengah-tengah tekanan dan hinaan yang kuat yang dialami oleh Rasulullah dan sahabat daripada kelompok Musyrikin Makkah seperti Abu Jahal dan Abu Lahab. Israk Mikraj adalah satu perjalanan kilat Nabi Muhammad pada malam hari atas kudrat dan iradat Allah dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa. Baginda kemudian naik ke langit sampai ke Sidratul Muntaha, bahkan ke Mustawa dan sampai di bawah Arasy Allah (suatu tempat di mana alam ini diatur) dengan menembusi tujuh lapis langit, lalu kembali semula ke Makkah pada malam yang sama. Kisah-kisah dalam peristiwa Israk dan Mikraj mengandungi sesuatu yang amat menakjubkan kerana ia tidak sama dengan cara perjalanan ditempuh oleh manusia biasa. Perjalanan ini adalah perjalanan istimewa menggunakan kenderaan Allah yang kelajuannya tidak boleh ditandingi dengan apa saja kenderaan yang direka oleh manusia. Dalam peristiwa itu Rasulullah SAW diperlihatkan kekuasaan Allah serta balasan yang bakal diterima umatnya di akhirat nanti.
Firman Allah bermaksud: "Dan demi sesungguhnya! (Nabi Muhammad SAW) telah melihat (Jibril dalam bentuk rupanya yang asal) pada waktu yang lain iaitu di Sidratil Muntaha. "Dekatnya ada syurga tempat tinggal, (Muhammad melihat Jibril) ketika Sidratul Muntaha diliputi oleh sesuatu yang meliputinya. "Penglihatan (Muhammad SAW) tidak berkisar daripada menyaksikan dengan tepat (akan pemandangan yang indah disitu yang diizinkan melihatnya), dan tidak pula melampaui batas. "Demi sesungguhnya Baginda telah melihat sebahagian daripada sebesar-besar tanda-tanda (yang membuktikan luasnya pemerintahan dan kekuasaan) Tuhan-Nya." - (Surah an-Najm, ayat 13-18).
Antara pengajaran dalam peristiwa itu ialah mengenai wanita. Dalam perjalanan Israk dan Mikraj, Rasulullah SAW turut melewati satu kawasan berbau sungguh harum dengan bau-bauan kasturi. Lalu Baginda bertanya kepada Jibril kawasan itu apakah yang sedang mereka lalui. Jibril menjawab: "Itulah makam Masyitah, seorang wanita penghulu syurga." Beliau ialah adalah pengasuh anak Firaun, pemerintah kejam di Mesir yang mengaku dirinya Tuhan. Masyitah berfizikal lemah, mempunyai semangat kuat dan jiwa keIslaman sehingga mampu menafikan keangkuhan Firaun. Masyitah ialah pelayan raja. Beliau adalah seorang rakyat yang masih sedar dan beriman kepada Allah tetapi disebabkan kekejaman Firaun, beliau dan ramai lagi terpaksa menyembunyikan keimanan mereka.
Pada suatu hari, ketika Masyitah menyikat rambut puteri Firaun, tiba-tiba sikat itu terjatuh. Dengan tidak sengaja, beliau menyebut nama Allah. Apabila puteri itu mendengar perkataan Allah, dia bertanya kepada Masyitah, siapakah Allah itu. Masyitah pada mulanya enggan menjawab tetapi selepas didesak berkali-kali, beliau akhirnya memberitahu bahawa Allah adalah Tuhan Yang Esa dan Tuhan Sekalian Alam. Puteri itu mengadu kepada Firaun mengenai perkara itu menyebabkan Firaun terlalu marah apabila mengetahui Masyitah menyembah tuhan selainnya. Masyitah dipaksa Firaun memperakui dirinya (Firaun) sebagai Tuhan, tetapi dengan penuh keberanian beliau berkata: "Tuhan aku dan Tuhan kamu adalah Allah." Perkataan itu menimbulkan kemarahan Firaun, lalu memerintahkan dibuat patung lembu daripada tembaga untuk diisi minyak bagi merebus Masyitah. Menteri Firaun, iaitu Hamman, salah seorang penghuni neraka, diperintahkan Firaun untuk membunuh Masyitah. Firaun memerintahkan patung lembu itu diletakkan di atas api sehingga panas menggelegak dan mengarahkan Masyitah dan ahli keluarganya dilontar seorang demi seorang.
Pada waktu giliran bayinya hendak dimasukkan ke dalam lembu itu untuk direbus, Masyitah hampir mengaku kalah dan menyerah kepada kemahuan Firaun kerana terlalu sayangkan anaknya. Tetapi dengan kehendak Allah, berlaku kejadian luar biasa apabila bayi itu dengan fasih berkata: "Wahai ibuku! Teruskanlah dan jangan menyerah kalah, sesungguhnya engkau di atas (jalan) kebenaran." Masyitah dan keluarganya mempertahankan keimanan mereka dengan mengatakan Allah Tuhan Yang Esa dan Firaun hanya manusia biasa. Lalu semuanya syahid dibunuh Firaun.
Keberanian seorang wanita memperjuangkan kebenaran dan keimanan ini dirakam dan diingati setiap tahun oleh seluruh manusia melalui peristiwa Israk Mikraj. Semua ahli keluarga Masyitah mendapat balasan syuhada daripada Allah kerana mempertahankan akidah sehingga
mati.
Dalam perjalanan itu, Baginda turut diperlihatkan 10 jenis seksaan yang menimpa wanita yang membuatkan Rasulullah SAW menangis setiap kali mengenangkannya. Dalam perjalanan itu, antaranya Baginda diperlihatkan perempuan yang digantung dengan rambut dan otak di kepalanya mendidih. Mereka adalah perempuan yang tidak mahu melindungi rambutnya daripada dilihat lelaki lain. Seksaan lain yang diperlihatkan Baginda ialah perempuan yang digantung dengan lidahnya dan tangannya dikeluarkan daripada punggung dan minyak panas dituangkan ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang suka menyakiti hati suami dengan kata-katanya.
Baginda juga melihat bagaimana perempuan digantung buah dadanya dari arah punggung dan air pokok zakum dituang ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang menyusui anak orang lain tanpa keizinan suaminya. Ada pula perempuan diikat dua kakinya serta dua tangannya sampai ke ubun dan dibelit beberapa ular dan kala jengking. Mereka adalah perempuan yang boleh solat dan berpuasa tetapi tidak mahu mengerjakannya, tidak berwuduk dan tidak mahu mandi junub. Mereka sering keluar rumah tanpa mendapat izin suaminya terlebih dulu dan tidak mandi iaitu tidak bersuci selepas habis haid dan nifas.
Selain itu, Baginda melihat perempuan yang makan daging tubuhnya sendiri manakala di bawahnya ada api yang menyala. Mereka adalah perempuan yang berhias untuk dilihat lelaki lain dan suka menceritakan aib orang lain. Baginda juga melihat perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka. Mereka adalah perempuan yang suka memasyhurkan diri sendiri supaya orang melihat akan perhiasannya.
Seksaan lain yang dilihat Baginda ialah perempuan yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya pula seperti keldai. Mereka adalah perempuan yang suka mengadu domba dan sangat suka berdusta. Ada pula perempuan yang Baginda nampak rupanya berbentuk anjing dan beberapa ular serta kala jengking masuk ke dalam mulutnya dan keluar melalui duburnya. Mereka adalah perempuan yang suka marah kepada suaminya dan memfitnah orang lain.
Posted by MPP GABUNGAN MAHASISWA at 00:52 1 comments Links to this post
Isnin, 2008 Julai 28
SUARA MPP UNTUK SEMAK YURAK KOLEJ YANG AGAK MEMBEBANKAN
| UNIVERSITI KEBANGSAAN |
Tuan Haji Mohd. Abd. Rashid Mohd Fadzil
Bendahari UKM,
Universiti Kebangsaan Malaysia,
43600 Bangi, Selangor Darul Ehsan.
Tuan,
MEMOHON SEMAKAN SEMULA YURAN PELAJAR
Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk untuk makluman dan tindakan pihak tuan.
2. Berhubung dengan perkara di atas, saya mewakili suara mahasiswa/i UKM ingin memohon agar pihak tuan membuat penyemakan semula terhadap yuran pelajar seperti berikut :
2.1. Yuran Elektrik RM25 setiap pelajar
2.2. Yuran Khas Alumni RM50 setiap pelajar
2.3. Kenaikan Yuran Khas Aktiviti Kolej dari RM80 kepada RM100
2.4. Jumlah yuran bagi setiap kolej di UKM yang berbeza-beza
3. Sehubungan dengan itu, pihak kami memohon agar pihak tuan :
3.1. Menjelaskan kemunasabahan penetapan Yuran Elektrik, Yuran Khas Alumni dan kenaikan Yuran Khas Aktiviti Kolej.
3.2. Menjelaskan perkhidmatan yang diperolehi oleh setiap mahasiswa/i daripada penetapan Yuran Khas Alumni dan Yuran Khas Aktiviti Kolej.
3.3. Menjelaskan perbezaan yuran bagi kolej-kolej di bawah pentadbiran UKM.
4. Justeru, sekiranya penetapan dan kenaikannya tidak munasabah, pihak kami menggesa agar yuran tersebut dihapuskan dan dikembalikan kepada mahasiswa/i. Segala pertimbangan dan perhatian segera oleh pihak tuan terhadap perkara ini bagi mengurangkan bebanan ekonomi mahasiswa/i amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih.
“MENGILHAMKAN HARAPAN, MENCIPTA MASA DEPAN”
Yang menjalankan tugas,
………………………………………….
AHMAD FARHAN BIN JUSOH
Majlis Perwakilan Pelajar,
Fakulti Pendidikan,
Universiti Kebangsaan Malaysia
s.k. - Fail MPP Fakulti Pendidikan UKM
Naib Canselor UKM
Jawatankuasa Kebajikan Siswa/i (JAKSA) Kolej-kolej UKM
Labels: AFJ
Posted by MPP GABUNGAN MAHASISWA at 14:23 0 comments Links to this post
Jumaat, 2008 Julai 25
16 golongan yang Rugi
Oleh : Firdaus Moktar
Presiden ISIUKM
Salah satu nikmat yang paling besar yang dikecapi oleh penduduk syurga ialah mereka dapat melihat dan menatap wajah Allah Azza Wajalla. Allah berfirman dalam Surah al Qiamah ayat 22-25
وُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ نَّاضِرَةٌ إِلَى رَبِّهَا نَاظِرَةٌ
وَوُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ بَاسِرَةٌ تَظُنُّ أَن يُفْعَلَ بِهَا فَاقِرَةٌ
Pada hari akhirat kelak, muka (orang-orang yang beriman kelihatan) berseri-seri; justeru mereka dapat menatap wajah Tuhannya. Sebaliknya muka (orang-orng kafir) serba muram dan pucat hodoh justeru mereka yakin akan menghadapi seksaan yang berat dan dahsyat.
Namun bagi orang yang bernasib malang mereka tidak akan dapat masuk syurga dan menatap wajah Allah . Golongan yang tidak akan dapat menatap wajah Allah yang mulia ialah :
- Orang yang menjual janji setianya dengan Allah dengan harga yang tidak seberapa daripada habuan duniawi yang fana ini.(Orang bersumpah palsu) Allah berfirman :
إِنَّ الَّذِينَ يَشْتَرُونَ بِعَهْدِ اللّهِ وَأَيْمَانِهِمْ ثَمَناً قَلِيلاً أُوْلَـئِكَ لاَ خَلاَقَ لَهُمْ فِي الآخِرَةِ وَلاَ يُكَلِّمُهُمُ اللّهُ وَلاَ يَنظُرُ إِلَيْهِمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَلاَ يُزَكِّيهِمْ وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ)[ آل عمران : 77
Sesungguhnya orang-orang yang mengutamakan keuntungan dunia yang sedikit dengan menolak janji Allah dan mencabuli sumpah mereka, mereka tidak akan mendapat bahagian yang baik pada hari akhirat, dan Allah tidak akan berkata-kata dengan mereka dan tidak akan memandang kepada mereka pada hari Kiamat, dan tidak akan membersihkan mereka (dari dosa), dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya
- Pemerintah yang menjauhkan diri dari suka duka rakyat, tidak peduli kepada penderitaan mereka dan tidak kesihan terhadap kemiskinan dan keperitan hidup yang dihadapi oleh mereka.
عن أبي مريم الأزدي رضي الله عنه قال:قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : (من ولي من أمور المسلمين شيئاً ،فاحتجب دون خلّتهم ،وحاجتهم ،وفقرهم، وفاقتهم، احتجب الله عنه يوم القيامة، دون خلّته ، وحاجته ، وفاقته، وفقره ) صحيح رواه أبو داود وصححه الألباني
Abu Mariam al Azadi R.A. meriwayatkan bahawa Rasulullah pernah bersabda :
“ Siapa yang memikul apa-apa jawatan atau tugas menguruskan orag Islam namun dia gagal memenuhi tanggongjawab dan dia mengelak daripada menyelesaikan keperluan mendesak, kepentingan, kemiskinan dan kepapaan umat Islam nescaya Allah akan mengelak (menjauhkan diri) daripadanya pada hari kiamat kelak daripada menyelesaikan keperluannya yang mendesak, kepentingan, kemiskinan dan kepapaannya pada hari tersebut.”
Hadith Sahih riwayat Abu Daud dan dianggap berstatus sahih oleh al Albani.
- Orang Tua yang Berzina
عن أبي هريرة رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال ( ( ثلاثة لايكلمهم الله يوم القيامة ، ولا ينظر إليهم ، ولا يزكيهم ، ولهم عذاب أليم: شيخ زانٍ ، وملك كذّاب ، وعائل مستكبر ) أخرجه مسلم
Abu Hurairah R.A. meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. pernah bersabda:
“Tiga orang Allah enggan bercakap-cakap dengan mereka pada hari kiamat kelak. Allah tidak sudi memandang muka mereka, Allah tidak akan membersihkan mereka daripada dosa (dan noda) . Untuk mereka disiapkan seksa yang sangat pedih. (Mereka ialah ): Orang tua yang berzina, pemerintah yang suka berdusta dan fakir miskin yang takabbur.”
Hadith ditakhrijkan oleh Muslim.
- Pemerintah Atau Kerajaan Yang Suka Berbohong (Dusta)
- Orang miskin yang takabbur
- Orang yang tak sudi menolong walau dengan mengajukan seteguk air.
في حديث ابي هريرة (……. ورجل منع فضل ماء ، فيقول الله : اليوم أمنعك فضلي ، كما منعت فضل مالم تعمل يداك
Dalam Hadith riwayat Abu Hurairah ada disebutkan prasa berikut: .. orang yang enggan memberi lebihan air minum (yang dia miliki kepada orang yang keputusan air minum). Sehingga Allah bersabda : Pada hari ini Aku akan menghalangmu daripada mendapat lebihan kurniaKu, persis sepertimana kamu menghalang orang lain daripada mendapat kurniaan yang bukan tangan kamu yang menciptanya.
- Pembai’ah dan pengundi pemimpin kerana kebendaan
وعن أبي هريرة - رضي الله تعالى عنه - قال: قال رسول الله -صلى الله عليه وسلم-: ( ثلاثة لا يكلمهم الله يوم القيامة، ولا ينظر إليهم، ولا يزكيهم، ولهم عذاب أليم: رجل على فضل ماء بالفلاة، يمنعه من ابن السبيل، ورجل بايع رجلا بسلعة بعد العصر، فحلف له بالله لأخذها بكذا وكذا فصدقه، وهو على غير ذلك، ورجل بايع إماما لا يبايعه إلا للدنيا، فإن أعطاه منها وفى، وإن لم يعطه منها لم يف ) متفق عليه.
Dalam hadith riwayat Abu Hurairah bahawa Rasulullah pernah bersabda
”Tiga orang Allah tidak akan bercakap cakap dengannya pada hari kiamat kelak. Malah Allah tidak akan menoleh (memandang) kepadanya, Allah tidak akan menyucikan dirinya (daripada dosa) . Sebaliknya disediakan untuknya seksa yang sangat pedih. Pertama; orang yang mempunyai bekalan air yang banyak di suatu kawasan lapang atau sahara tapi ia enggan untuk memberi minum ”Ibnu al Sabil” para musafir (yang kehabisan bekalan minuman ). Kedua; orang yang menawar untuk membeli barangan selepas asar dengan bersumpah atas nama Allah; bahawa dia akan membeli atau mengambil barang itu dengan harga tertentu.Janjinya itu dipercayai benar oleh penjual. Pada hal dia sebenarnya langsung tidak berniat untuk membelinya . Ketiga; orang membai’ah pemimpin (mengundi dan memilih atau melantik pemimpin) semata-mata kerana perhitungan keduniaan (kebendaan). Kalau orang yang dipilihnya itu memberikan janji habuannya maka barulah dia akan menunaikan kewajibannya. Kalau tidak ia akan bersikap enggan (atau ingkar).” (Hadith Muttafaqun ’alaihi)
- Penderhaka Ibu Bapa
Rasulullah bersabda:
عن عبدالله بن عمر رضي الله عنه قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : ( ثلاثة لاينظر الله عز وجل إليهم يوم القيامة :العاق لوالديه ، والمرأة المترجلة المتشبهة بالرجال والديوث) صحيح أخرجه أحمد والنسائي
Abdullah Bin Omar R.A. meriawayatkan bahawa Rasulullah pernah bersabda:
“Tiga orang Allah tidak akan sudi memandang wajah mereka pada hari kiamat kelak: Penderhaka kepada dua ibu bapanya, wanita yang berlagak lelaki yang meniru kaum jantan dan golongan orang Daiyuth. Hadith sahih ditakhrijkan oleh Ahmad dan Nasaii
- Wanita yang berlagak seperti lelaki (Tomboy)
عن عبدالله بن عمر رضي الله عنه قال :قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : ( ثلاثة لاينظر الله عز وجل إليهم يوم القيامة :العاق لوالديه ، والمرأة المترجلة المتشبهة بالرجال والديوث ) صحيح أخرجه أحمد والنسائي
10. Orang Lelaki yang Dayyus
Suami atau bapa yang tidak lagi mempunyai rasa cemburu dan maruah diri sehingga membiarkan isteri berjahat dengan orang lain tanpa rasa cemburu dan marah
Apabila perasaan cemburu yang positif ini sudah tidak ada lagi dalam diri seseorang ; maka tidak ada usaha untuk menentang kemungkaran terhadap maruah keluarga atau diri sendiri. Dengan itu kejahatan akan bermerajalela.
11.Pengamal Budaya Kaum Luth
عن ابن عباس رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : (لاينظر الله - تعالى- إلى رجل أتى رجلاً ، أو امرأة في الدّبر ) صحيح اخرجه الترمذي
Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda : Allah tidak akan sudi memandang wajah orang yang menyetubuhi lelaki atau mendatangi isterinya di duburnya. Hadith sahih ditakhrijkan oleh al Turmuzi
12. Pengamal Seks Abnormal
Golongan ini termasuk kalangan yang bernafsu terhadap binatang dan tergamak melakukan hubungan jenis dengan binatang .
13.. ”Al-Mannan” atau pemberi yang suka mengungkit-ungkit pemberiannya; baik lelaki mahupun perempuan .
عن ابي ذر رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم ثلاثة : ( لايكلمهم الله يوم القيامة ، ولايزكيهم ، ولهم عذاب أليم ) فقالها رسول الله صلى الله عليه وسلم ثلاث مرار ، فقلت : خابوا وخسروا من هم يارسول الله قال: المنان والمنفق سلعته بالحلف والمسبل ازاره ) اخرجه مسلم
Abu Zar meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: “ Tiga orang Allah tidak akan bercakap-cakap dengan mereka. Allah tidak akan membersihkan mereka daripada dosa (dan noda) malah disiapkan untuk mereka seksa yang sangat pedih. Baginda mengulang prasa itu tiga kali. Lalu (kata Abu Zar) aku pun menambah,
Hadith di takhrijkan oleh Muslim
14. Orang suka menunjuk-nunjuk kekayaan dengan pakaian labuh menyapu tanah dan berjalan di muka bumi dengan angkuh atau
المسبل إزاره المختال في مشيته
“Orang melabuh-labuhkan pakaian (menunjuk-nunjuk kekayaan dengan sikap boros) yang berjalan dengan cara bermegah-megah dengan diri sendiri.”
15. Penjual yang melariskan barang jualannya dengan cara berdusta dan membohong
عن ابي ذر رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : ( ثلاثة لايكلمهم الله يوم القيامة ، ولا يزكيهم ، ولهم عذاب أليم : المسبل إزاره ، والمنان ، والمنفق سلعته بالحلف الكاذب ) أخرجه مسلم في كتاب الإيمان
Abu Zar meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda :
Tiga orang Allah tidak ak an bertutur kata dengan mereka. Allah tidak akan membersihkan mereka dan untuk mereka disediakan azab yang sangat dahsyat… penjual yang melariskan barang jualannya dengan sumpah palsu.
16.Isteri yang tidak berterima kasih terhadap suami
عن عبد الله بن عمر رضي الله عنهما قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ( لاينظر الله إلى امرأة لاتشكر لزوجها وهي لاتستغني عنه ) صحيح أخرجه النسائي وصححه الالباني
Abdullah Bin Omar R.A. meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. pernah bersabda: “Bahwa Allah tidak akan memandang muka isteri yang tidak berterima kasih (kufur nikmat) kepada suaminya. Pada hal dia sendiri tidak boleh tidak memerlukan kepada suaminya itu.”
Hadith sahih ditakhrijkan oleh al Nasasii dan di anggap sahih oleh al Albani.
Posted by MPP GABUNGAN MAHASISWA at 01:20 0 comments Links to this post
Ahad, 2008 Jun 29
SELAMAT DATANG MAHSISWA BARU

Bismillahirrahmanirrahim, segala puji dan syukur ke hadrat Ilahi di atas limpah dan kurniaNya kita masih lagi dapat merasai nikmat Islam dan iman, kita masih lagi berpeluang bernafas, melihat, mendengar dan berbicara. Selawat dan salam ke atas junjungan tercinta Rasulullah s.a.w , ahli keluarga Baginda, sahabat-sahabat, tabiin, tabi’ tabiin dan seluruh umat muslimin. Islam mengajar kita untuk sentiasa bersyukur di atas setiap nikmat yang dikurniakan kepada kita. Kita dididik untuk menghargai setiap pemberian samada sesama manusia ataupun pemberian yang ditujukan khas daripada yang Maha Pencipta kepada kita. Nikmat akal yang dikurniakan Allah s.w.t kepada kita membuatkan kita berkesempatan untuk menjejakkan kaki kita dibumi bertuah ini.Nikmat yang sedikit ini telah membawa kita untuk meneroka sebuah dunia baru yang memberikan kelainan dan memungkin satu perubahan yang tidak tefikir oleh kita sebelumnya.
Allah s.w.t mengangkat darjat hamba-hambaNya yang berilmu ke tahap yang sepatutnya bilamana ilmu yang diperolehi itu digunakan di atas jalan yang sesuai dengan kemulian ilmu tersebut. Justeru itu, bersyukurlah !!! Allah s.w.t telah memilih kita untuk berada disini, memikul amanah mengisi ruangan jiwa dengan ilmu seluas hamparan dunia. Kita datang dengan harapan dan seharusnya kita pulang dengan kejayaan. Peluang yang ada manfaatkanlah sepenuhnya, umur yang sejengkal manfaatkanlah untuk menadah ilmu yang berguna, nikmat yang tidak terhingga bersyukurlah dengan menjadi hambaNya yang paling taat, paling beriman, paling bertaqwa, paling bersyukur dan paling istimewa disisiNya.
Buat adik-adik yang baru mengenali dunia kampus, syabas dan tahniah diucapkan. Genggamlah harapan dengan sepenuh kekuatan agar tidak kecundang dengan penyesalan. Berusahalah sebaik mungkin. Ibu bapa tidak menghantar kita ke sini jika sekadar untuk mendapat gaji yang lumayan, mereka tidak menyuruh kita sampai ke sini jika sekadar ingin merasai nikmat gaji pertama. Mereka melahirkan, mendidik, mengajar dan mengasuh kita sehingga sampai ke tahap ini semata-mata untuk melihat kita menjadi seseorang yang berguna kepada seluruh manusia, kenal yang baik, tahu yang buruk, kenal jasa ibu bapa menghargai jasa mereka dan berkhidmat seikhlas hati untuk mereka. Mereka sanggup berhabis semata-mata untuk kita. Kejayaan yang mereka dambakan setinggi gunung seluas lautan. Kita datang dengan amanah mereka dan kita punya tanggungjawab berkhidmat untuk agama, bangsa dan negara.
Ingatlah kita adalah hamba Allah s.w.t , kita tidak punyai apa-apa melainkan semuanya dipinjamkan Allah s.w.t untuk kita. Sedarlah kita menumpang di tanah milikNya. Kita bergerak dengan izinNya dan kita menjadi mahasiswa dengan kehendak dan kuasaNya. Justeru itu, kita mempunyai tanggungjawab untuk berkhidmat kepada Allah s.w.t itulah yang utama. Ibu bapa tidak dikesampingkan tetapi seiring menggalas tanggungjawab sebagai anak kepada ibu bapa dan hamba kepada yang Maha Bijaksana.
Akhir kata, dikesempatan ini saya mewakili kepimpinan Ikatan Studi Islam (ISIUKM) mengucapkan ahlan wasahlan, selamat datang kepada mahasiswa dan mahasiswi baru Universiti Kebangsan
Firdaus Mokhtar
Presiden Ikatan Studi Islam
Universiti Kebangsaan
Posted by MPP GABUNGAN MAHASISWA at 01:00 0 comments Links to this post
Isnin, 2008 Mei 12
Perutusan MPP Fakulti Pendidikan
AZAM BARU SEMPENA TIGA TAHUN BARU
Sempena tiga tahun baru dalam semester baru ini, marilah kita bersama-sama menjana azam baru bagi menggapai kecemerlangan dalam bidang keilmuan di samping meningkatkan lagi tahap integrasi dan nilai integriti selaku mahasiswa/i.
HEDONISME VS MODAL INSAN KELAS PERTAMA
Beberapa minggu kebelakangan ini, kolej-kolej kediaman UKM diadakan hari keluarga mengikut nama tersendiri peringkat kolej masing-masing. Tahniah kepada pelaksana hari keluarga kolej kediaman di atas usaha dan tenaga yang dicurahkan untuk menjayakan program-program yang disusun rapi. Namun begitu, menurut pengamatan MPP FPend, masih terdapat sebahagian kolej yang masih menjalankan program-program tradisi yang berunsurkan hedonisme. Hedonisme ialah pegangan atau pandangan hidup yang mementingkan keseronokan atau dalam bahasa yang lebih mudah budaya berhibur yang keterlaluan.
Oleh hal yang demikian, MPP FPend ingin menyeru kepada semua mahasiswa/i kembali menyahut hasrat universiti dan negara untuk melahirkan Modal Insan Kelas Pertama. Justeru, aktiviti-aktiviti dan program-program berpesatuan sewajarnya selari dengan Pelan Strategik Kementerian Pengajian Tinggi yang digagaskan seawal bulan Julai 2007. Dalam menjayakan Pelan Strategik KPT tersebut, sebanyak Tujuh Teras perlu diberi perhatian iaitu :
1. Meluaskan Akses dan Meningkatkan Ekuiti
2. Menambahkan Kualiti Pengajaran dan Pembelajaran
3. Memperteguhkan Penyelidikan dan Inovasi
4. Memperkasa Institut Pengajian Tinggi
5. Mempergiatkan Pengantarabangsaan
6. Membudaya Pengajian Sepanjang Hayat
7. Memperkukuh Sistem Penyampaian Kementerian Pengajian Tinggi
Oleh itu, tujuh Teras Pelan Strategik KPT ini tidak seharusnya dibiarkan sekadar tercatit secara retorika di atas helaian kertas semata-mata, bahkan sepatutnya dilihat dari sudut positif dan diimplementasikan di semua peringkat khususnya mahasiswa/i.
Posted by MPP GABUNGAN MAHASISWA at 00:35 0 comments Links to this post
Jumaat, 2008 April 25
ISLAM DI HINA
Edisi : Islam dihina melalui penayangan filem FITNA
Oleh : Mohd Fadlail Baharom
Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi di atas limpah dan rahmatnya dapat lagi untuk kita berada di landasan yang benar iaitu atas landasan Islam yang kita anuti ini. Selawat dan salam atas junjungan Besar Nabi Muhammad dan para sahabat yang terbukti berjuang untuk mempertahankan Islam sehingga Islam masih lagi wujud hingga ke hari ini.
Baru-baru ini yakni pada 27 Mac 2008 yang lalu, umat Islam dikejutkan dengan satu tindakan penyiaran Filem 'Fitna' menerusi web “Liveleak” yang dilakukan oleh seorang Ahli Parlimen Belanda iaitu Geert Wilders. Filem yang berbentuk dokumentari pendek ini secara jelas menghina al-Quran dan agama islam itu sendiri. Penayangan filem ‘Fitna’ ini jelas dilakukan dengan sengaja untuk menghina Islam yang kita anuti. Perkara ini bukan sahaja mendapat bantahan daripada rakyat
Dahulunya
Perbuatan mereka ini jelas menunjukkan mereka semakin berani untuk menimbulkan kemarahan umat Islam. Dimanakah pemuda-pemuda Islam? Di manakah Mahsisiwa/I. Ayuhlah wahai sahabat-sahabatku, bangunlah untuk mempertahankan Islam yang kita cintai ini. Janganlah kita leka dan alpa dengan kesoronokkan hiburan dan dunia semata-mata.
Saya meresakan bahawa inilah akibatnya jika kita membelakangkan al-Quran dan ajaran sebenar dalam agama Islam. Kita masih lagi mengikut budaya barat, kita masih lagi berseronok dengan nikmat dunia yang sementara, masih lagi alpa dan leka dengan hiburan-hiburan yang melalaikan, kita masih lagi berjoget, berdansa dan masih lagi melakukan perkara-perkara yang menyalahi dengan Agama Islam. Kerana itulah musuh-musuh Islam berani menghina Islam kerana mereka berpendapat umat Islam tidak kuat, masih alpa dan leka dengan hiburan yang diacu oleh barat untuk merosakkan umat Islam.
Justeru, marilah kita menghitung diri kita, marilah kita bermuhasabah di atas dosa dan kelalaian kita selama ini. Marilah kita memboikot barangan dari belanda,
Posted by MPP GABUNGAN MAHASISWA at 00:37 0 comments Links to this post
Isnin, 2008 April 14
Selamat Menghadapi Peperiksaan Akhir Semester
MAHASISWA : MASYARAKAT TERPELAJAR
Oleh Ahmad Farhan Jusoh
Falsafah UKM ada menyentuh tentang proses pembinaan “masyarakat terpelajar”. Menurut pengamatan MPP FPend, dalam usaha membumikan hasrat ini, seseorang mahasiswa perlu mempunyai beberapa kriteria mahasiswa cemerlang seperti berikut :
1. KEMAHIRAN KOMUNIKASI
Mahasiswa/i seharusnya mempunyai kebolehupayaan berinteraksi dengan penguasaan bahasa yang baik dan mempunyai hubungan inter dan intra personal dengan semua individu sama ada rakan-rakan, para pensyarah, pentadbir universiti serta masyarakat.
2. KEMAHIRAN TEKNOLOGI
Mahasiswa/i sewajarnya mampu menguasai Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Information Communication Technology) yang terkini dan cekap menggunakannya. Di samping itu, mahasiswa/i tersebut perlu sentiasa peka terhadap perkembangan teknologi semasa.
3. PRESTASI AKADEMIK
Mahasiswa/i hendaklah dapat menguasai semua bidang ilmu dengan seimbang dan cemerlang dalam bidang pengkhususan yang diceburi. Oleh itu, pemahaman teori secara mendalam perlu ditekankan agar mahasiswa/i tersebut mampu mempraktikkannya dalam kehidupan bermasyarakat.
4. KEUPAYAAN DIRI
Mahasiswa/i hendaklah sentiasa bersikap toleran sesama insan, proaktif dalam setiap amanah dan tanggungjawab, mahir membuat keputusan, produktif dalam menjalankan aktiviti, berdikari mencari peluang baru serta mampu mengadaptasi diri dengan komuniti semasa.
5. INTEGRITI DAN POSITIF
Mahasiswa/i sewajarnya ikhlas dan jujur dalam setiap perlakuan, tidak membuang masa, meminggirkan sikap negatif, sentiasa belajar daripada sesuatu situasi yang dihadapi, membina karakter diri supaya menjadi semakin baik dan positif dari semasa ke semasa.
Posted by MPP GABUNGAN MAHASISWA at 00:37 0 comments Links to this post
SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER
Assalamualaikum dan salam Sejahtera
Oleh : Mohd Fadlail Baharom
Alhamdulillah, pertama dan selamanya marilah kita sama-sama bersyukur ke hadrat Ilahi atas nikmat keilmuan, nikmat ukhwah dan segala nikmat yang diberikan kepada kita untuk membolehkan kita meneruskan kehidupan di dunia ini.
Setiap manusia yang hidup di alam fana’ ini akan di uji dengan pelbagai ujian sama ada ianya berat mahupun ringan. Itu adalah ketentuan Ilahi dan lumrah kehidupan bagi seseorang manusia apatah lagi ia bergelar seorang pelajar. Sama ada suka mahupun tidak kita terpaksa berhadapan dengan ujian tersebut. Tanpa persedian yang rapi, kita akan terus ketinggalan jauh. Justeru, bersiap sedialah untuk menghadapinya agar segala ujian yang terpaksa kita tempuhi itu, dihadapi dengan penuh kesabaran untuk mencapai kejayaan.
Setelah satu semester kita bertungkus lumus mencari dan mendalami ilmu yang ditawarkan di UKM khususnya di Fakulti Pendidikan, kini tibalah masa yang mana kita semua sebagai seorang pelajar terpaksa berhadapan dengannya, iaitu peperiksaan akhir semester. Saya mengharapkan sahabat-sahabat sekalian sudahpun bersedia untuk menghadapi ujian ini dengan penuh persediaan yang rapi dan terancang. Ingatlah wahai sahabatku, janganlah kita alpa dan leka dengan hiburan sehinggakan pelajaran kita terabai. Seharusnya kita berusaha untuk melakukan yang terbaik agar keputusan yang bakal diperoleh kelak lebih cemerlang dari sebelumnya.
Justeru, di kesempatan yang seketika ini saya ingin mengucapkan selamat menghadapi peperiksaan akhir semester kepada semua warga Fakulti Pendidikan. Lakukanlah perubahan dalam diri kita, buatlah yang terbaik agar kita menjadi pelajar yang cemerlang sekaligus menjadi modal insan yang berguna kepada masyarakat dan Negara. Sebelum saya melabuhkan sauh, izinkan saya memohon jutaan kemaafan kepada seluruh warga Fakulti Pendidikan andaikata tersilap salah sepanjang saya menjadi MPP bagi kawasan Fakulti Pendidikan. Akhir kata saya mendoakan agar anda semua berjaya menjawab dengan baik sekaligus mendapat keputusan yang cemerlang bagi peperiksaan semester ini. Sekian dulu dari saya. Wasalam….
“MAHASISWA PENJANA KECMERLANGAN NEGARA”
Posted by MPP GABUNGAN MAHASISWA at 00:36 1 comments Links to this post
Khamis, 2008 April 10
PERMOHONAN ELAUN PRAKTIKUM KEPADA PTPTN
| UNIVERSITI KEBANGSAAN |
Ketua Eksekutif
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
Lot G2, Tingkat Bawah Wisma Chase Perdana,
Off Jalan Semantan,
50490
Tuan,
MEMOHON ELAUN PRAKTIKUM
Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk untuk makluman dan tindakan tuan.
2. Berhubung dengan perkara di atas, saya bagi pihak Majlis Perwakilan Pelajar Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia ingin memohon elaun praktikum daripada pihak tuan kepada mahasiswa/i Tahun Tiga Fakulti Pendidikan UKM biayaan pinjaman Perbadanan Tabung Pinjaman Tinggi Negara yang terlibat dengan praktikum.
3. Rasional permohonan ini ialah :
3.1. Mahasiswa/i Fakulti Pendidikan UKM terpaksa menanggung sendiri kos sara hidup semasa praktikum di sekolah-sekolah yang ditetapkan selama lapan minggu bermula 12 Mei 2008 hingga 14 julai 2008.
3.2. Tidak semua mahasiswa/i tersebut mendapat elaun daripada Kementerian Pelajaran
4. Saya berharap pihak tuan dapat member pertimbangan sewajarnya. Segala pertimbangan dan perhatian segera oleh pihak tuan terhadap perkara ini amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih.
“MAHASISWA MASYARAKAT TERPELAJAR ”
Yang menjalankan tugas,
………………………………………….
AHMAD FARHAN BIN JUSOH
Majlis Perwakilan Pelajar,
Fakulti Pendidikan,
Universiti Kebangsaan Malaysia
s.k. - Fail MPP Fakulti Pendidikan UKM
Dekan Fakulti Pendidikan UKM
Bendahari UKM
Labels: AFJ
Posted by MPP GABUNGAN MAHASISWA at 14:37 0 comments Links to this post














.jpg)












