ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM UKHWAH::::: SELAMAT DATANG KEPADA PENGUNJUNG-PENGUNJUNG BLOG INI. DIHARAPKAN APA YANG TERPAPAR DI DALAM RUANGAN INI DAPAT MEMBERI MANFAAT KEPADA KITA SEMUA ::::: TERIMA KASIH ATAS UNDIAN ANDA. WASALAM

HADITH HARI INI

Khamis, 28 Ogos 2008

Mahasiswa Fakulti Pendidikan sedang mencuci rumah mereka


Air mencecah ke paras lutut

Sungai Tangkas- Kira-kira jam 6.00 petang kampung sungai tangkas, Bangi Selangor telah mengalami banjir kilat. Banjir ini berlaku akibat daripada keadaan sungai yang cetek dan projek longkang yang masih lagi tidak siap sehingga kini. Selain itu, ada juga penduduk yang mendakwa ianya juga berlaku disebabkan oleh perlepasan air tadahan yang dikawal dan diselia oleh pihak-pihak tertentu. Akibatnya air terlalu laju mengalir sehingga air melimpahi kawasan kampung yang agak rendah. Saya yang berada di kawasan itu juga mendapati bahawa sungai tersebut terlalu cetek dan banyak pokok tumbang yang menghalang perjalanan air tersebut.

Dalam kejadian ini, beberapa buah rumah penduduk kampung di sini dimasuki air sehingga keparas lutut. Selain itu, Ada juga pelajar Fakulti Pendidikan dari program Pendidikan Islam dan Al-Quran, UKM juga mengalami nasih yang sama. Rumah mereka juga dimasuki air sehingga ke paras lutut. Namun dalam kejadian ini tiada kecelakaan yang serius dilaporkan.

Dikesempatan ini, saya sebagai MPP Fakulti Pendidikan berharap para pelajar Fakulti Pendidikan yang terlibat dengan bencana ini dapat bersabar dan menerima ujian daripada ILahi ini dengan hati yang terbuka. Saya mengharapkan pihak-pihak yang berwajib seperti MPKJ sudi datang untuk meninjau kawasan tersebut disamping melakukan usaha-usaha yang mungkin dapat membantu kesusahan penduduk-penduduk kampung tersebut

Rabu, 27 Ogos 2008

ANWAR MENANG DI PERMATANG PAUH


Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim kembali ke Parlimen selepas 10 tahun setelah memenangi pilihan raya kecil Permatang Pauh semalam. Beliau yang meraih 31,195 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Arif Shah Omar Shah yang mendapat 15,524 undi dengan majoriti 15,671 undi.

Kemenangan Anwar sudahpun dijanka namun undi yang diperoleh beliau lebih meningkat berbanding yang diraih oleh Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dengan majoriti 13,398 undi.

Seorang lagi calon dari Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM), Hanafi Mamat, 61, pula hilang wang deposit RM10,000 apabila hanya meraih 92 undi. Keputusan diumumkan Pengurus Pilihan Raya, Roslan Yahaya di Institut Penguruan Tuanku Bainun pukul 10 malam. Turut berada bersama Anwar, isteri beliau Wan Azizah, anak mereka Nurul Izzah, Ketua Menteri, Lim Guan Eng serta beberapa Ahli Parlimen dari PKR dan DAP.

Sementara itu, Anwar yang bersyukur dengan kemenangan itu berharap semua pihak menerima keputusan tersebut dengan baik. Katanya, menerusi kemenangan ini beliau akan meneruskan agenda yang dijanjikan kepada rakyat. Dalam pada itu, Arif Shah memberitahu, beliau akan terus memberi khidmat bakti seperti biasa kepada masyarakat di kawasan tersebut.

"Saya tidak rasa apa-apa. Sebenarnya saya dipilih oleh parti untuk bertanding sebagai calon BN. Kalah dan menang terletak di tangan pengundi," katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Seberang Jaya di sini.

KEMENANGAN PAKATAN RAKYAT

Kematangan berfikir rakyat Malaysia yang akhir-akhir ini menyumbang kepada kemengan pakatan rakyat dalam pilihan raya ini. Saya merasakan Rakyat Malaysia bukanlah ibarat kambing-kambing yang mudah diperbodohkan oleh pihak-pihak yang tertentu. Zaman ini bukannlah zaman kuno yang sukar diubah pemikiran masyarakatnya. Dengan adanya kemudahan Internet, akhbar-akhbar perdana, media massa, rakyat mudah menrima info dan isu-isu terkini untuk diimplimintasikan dalam kehidupan mereka.

Kesan kenaikkan taraf hidup ditambah pula dengan kenaikkan harga barang, harga minyak dan harga makanan menyumbang kepada kemengangan pakatan rakyat. Hal ini kerana rakyat merasakan kerajaan yang ada kini gagal untuk menjaga kepentingan rakyat. Rakyat menderita dan terbeban dengan kenaikkan harga minyak yang terlalu tinggi sedangkan dalam pada masa yang sama, Malaysia adalah Negara pengeluar minyak dan Petronas mengalami keuntungan setiap tahun. Manifesto Pakatan Rakyat yang jelas ingin menjaga kebajikan rakyat nyata berjaya menarik undi rakyat untuk menyokong mereka ditambah pula dengan hujjah Anwar yang releven dan meyakinkan di dalam Debat antara beliau dengan Sabry Chik yang ditayangkan di siaran TV9.

Media yang menjadi alat sesuatu parti politik di Negara ini bertindak secaras melulu dengan memaparkan segala keburukkan yang ditimbulkan oleh pakatan rakyat sedangkan keburukkan pihak lain tidak ditunjukkan. Perkara inilah yang menyebabkan rakyat merasa muak dengan berita-berita yang dilemparkan oleh media masa kini. Apa tidaknya, kes liwat yang melibatkan Anwar dan saiful bukhori, kes-kes keganasan penyokong PKR, kes rasuah 2 exco PKR Perak dan banyak lagi yang dipaparkan dan digembar gemburkan di saat pilihan raya akan berlansung. Media seolah-olah menyebelahi mencari kesalahan orang dan bertindak hanya di sebelah pihak sahaja. Berita-berita yang diteria tidak menyeluruh. Yang menyeluruh hanyalah keburukan-keburukan Pakatan Rakyat yang memerintah di lima buah Negeri. Perkara inilah yang menyebabkan rakyat semakin mual dengan info-info yang diterima sehingga ada yang berkata “keputusan nombor ekor sahaja yang yang betul, berita yang lain, hanyalah tipu”

Rabu, 20 Ogos 2008

GABUNGAN MAHASISWA UNTUK SEMUA MAHASISWA

“HARAPAN BARU MAHASISWA”

Gabungan Mahasiswa adalah pakatan mahasiswa mahasiswi yang bergabung untuk memperjuangkan tiga dasar utama iaitu memperjuangkan Falsafah Universiti, kebajikan mahasiswa mahasiswi serta memperjuangkan keintelektualan dan keimuan. Pakatan mahasiswa mahasiswi ini untuk seluruh mahasiswa tidak kira agama, bangsa dan fahaman ideologi. Ini bemakna, Gabungan Mahasiswa untuk semua bangsa; Melayu, Cina, India, bumiputera sabah Sarawak dan lain-lain. Ini juga bermakna, Gabungan Mahasiswa untuk semua agama; Islam, Kristian, Budha, Hindu, Katholik dan lain-lain. Dakwaan yang mengatakan bahawa Gabungan Mahasiswa untuk satu agama dan satu bangsa, sama sekali tidak benar.

Gabungan Mahasiswa merupakan gagasan mahasiswa yang bukan semata-mata memperjuangkan politik kekuasaan atau politik kepartian, tetapi mengutamakan perjuangan politik nilai (independent group, catalys, pressure group, sofwah al-mukhtarah, check and balance, watch-dog). Mahasiswa mahasiswi tidak sepatutnya dicanangkan hanya untuk menjadi ‘pak turut’ atau ‘pak angguk’. Sebaliknya, mahasiswa mahasiswi sewajarnya diberi ruang dan peluang untuk memberi pandangan, cadangan, nasihat dan teguran kepada semua pihak sama ada pihak kerajaan, pembangkang, badan bukan kerajaan (NGO), syarikat-syarikat dan lain-lain.

Dengan motto “HARAPAN BARU MAHASISWA”, kepimpinan Gabungan Mahasiswa menyeru semua front-front, persatuan-persatuan, kelab-kelab sama ada rasmi atau tidak rasmi, Jawatankuasa Kebajikan Siswa/i (JAKSA) kolej dan seluruh mahasiswa mahasiswi UKM tanpa mengira agama dan bangsa untuk bersama Gabungan Mahasiswa dalam menggerakkan universiti. (sumber :GMUKM)

SEJARAH RINGKAS GMUKM

Latar Belakang Penubuhan

Menurut Artikel 10 (1) Perlembagaan Persekutuan :

a) Setiap rakyat mempunyai hak untuk bersuara

b) Setiap rakyat mempunyai hak untuk berhimpun secara aman tanpa senjata

c) Setiap rakyat mempunyai hak untuk berpersatuan

Peruntukan yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan ini seharusnya digunakan dengan sebaik mungkin oleh mahasiswa dalam mempertahankan hak mereka. Mahasiswa perlu menyatakan pandangannya secara kolektif dan efisyen seandainya tidak mahu terus ketinggalan dalam arus teknologi masa kini.

Idea demokrasi lahir daripada evolusi pemikiran politik Barat yang berpaksikan kedaulatan rakyat. Ini bermakna parlimen berperanan dalam menggubal dan meluluskan dasar yang melibatkan kepentingan rakyat. Ia dilakukan melalui wakil rakyat. Parlimen, melalui wakil rakyat, bertanggungjawab secara langsung kepada rakyat. Demokrasi jenis inilah yang diamalkan oleh sebahagian besar negara demokrasi seluruh dunia termasuk Malaysia. Situasi yang sama juga berlaku dalam konteks universiti. Konsep demokrasi yang sama juga diguna pakai untuk pemilihan wakil pelajar sebagaimana tertulis di dalam Akta Universiti dan Kolej Universiti (PINDAAN) 1975, seksyen 48.

Namun kita melihat fungsi yang dimainkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sesi 2003/04 hingga 2007/08 tidak menggambarkan bahawa mereka merupakan wakil kepada pelajar untuk menjadi pembela terhadap kebajikan pelajar. Pemilihan mereka juga dilihat tidak telus dan bertentangan dengan AUKU 1971, pindaan 1975 dan Perlembagaan Universiti sendiri.

Atas kesedaran inilah, maka sebuah gagasan yang menggabungkan hasrat kesemua mahasiswa/i Universiti Kebangsaan Malaysia ditubuhkan yang dikenali sebagai ‘Gabungan Mahasiswa’ atau singkatannya GMUKM.

Sejarah Penubuhan

Menurut sejarah awal penubuhan, ‘Gabungan Mahasiswa’ didasarkan kepada beberapa pertemuan awal dengan pimpinan tertinggi setiap gerakan sebelum rundingan penuh bersama semua pimpinan dilakukan. Kemudian, pada tanggal 22 Ogos 2005 satu persetujuan telah dicapai untuk menubuhkan Gabungan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia atau ringkasnya disebut Gabungan Mahasiswa atau GMUKM.

Pakatan mahasiswa/i di atas nama Gabungan Mahasiswa’ ini perlu diteruskan kerana :

i. Terlalu banyak isu yang diperjuangkan secara tidak serius oleh PMUKM-Aspirasi. Antaranya ialah isu keselamatan diri dan kenderaan, ugutan dan penyalahgunaan kuasa, kos pentadbiran 3% PTPTN, pemansuhan/pindaan AUKU. Hanya isu yang mempunyai kepentingan sahaja diperjuangkan secara serius.

ii. Perlu wujud satu kerjasama yang melibatkan pelbagai kaum dan lapisan masyarakat universiti walaupun daripada idealisme yang berbeza. Apa yang disepakati ialah memperjuangkan Falsafah Universiti, kebajikan mahasiswa/i dan masyarakat UKM tanpa mengira kaum serta memartabatkan nilai keilmuan dan keintelektualan Universiti Kebangsaan Malaysia.

iii. Suara-suara kecil mahasiswa mahasiswi tidak diambil peduli oleh PMUKM-Aspirasi. Tambahan pula sebelum daripada ini, suara mahasiswa dipandang sinis oleh mereka dan dikatakan tidak bersepadu kerana hanya segelintir golongan’ yang memperjuangkannya.

iv. Mahasiswa perlu bersatu atas satu nama untuk menunjukkan bahawa HAK MAHASISWA adalah hak bersama dan mesti diperjuangkan. Mahasiswa perlu bangkit menyatakan ketidakpuashatian mereka terhadap sistem dan corak pentadbiran serta pengurusan PMUKM-Aspirasi.

v. Perlu mengenepikan segala pertikaian dan perbezaan ideologi sebelum ini kerana selagi HAK MAHASISWA tidak dikembalikan selagi itu golongan yang lemah akan ditindas sama ada mahasiswa mahupun kakitangan universiti.

vi. Untuk menjadi Alternatif kepada PMUKM-Aspirasi untuk mencapai dan merealisasikan matlamat dan dasar yang disepakati.

Dasar

Gabungan Mahasiswa memperjuangkan :

1. Falsafah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

2. Kebajikan semua mahasiswa/i dan masyarakat Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) tanpa mengira batasan agama dan kaum.

3. Nilai keintelektualan dan keilmuan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Keanggotaaan Terkini

Gabungan Mahasiswa dengan wajah baru pada kali ini dianggotai oleh gabungan front-front lama dan baru iaitu iaitu MAMPU (Membina Mahasiswa Penggerak Ummah), GMM (Gerakan Mahasiswa Maju), Malaysia Youth Democratic Movement (DEMA), JKMI (Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa/i), Indian Democratic Council, Pertubuhan Mahasiswa Sosialis UKM, GMLN (Gerakan Mahasiswa Lantang Negara), GAPIM (Gerakan Pelajar Intelek Malaysia), Solidariti Hak Asasi Mahasiswa UKM, Laws Faculty Council (LawFaC), Pertubuhan Mahasiswa Profesional Perubatan & Kesihatan UKM (Pro-PKUKM), KARISMA (Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia), Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Pertubuhan Johorian dan Penang Guide.

Motto

Harapan Baru Mahasiswa.
Sumber : GMUKM


Hasrat seorang bapa untuk melihat anak sulung lelakinya menerima ijazah pada Konvokesyen Ke-41 Universiti Teknologi Malaysia (UTM) semalam, tidak kesampaian apabila beliau meninggal dunia kira-kira 100 meter sebelum memasuki Dewan Sultan Iskandar universiti itu.


Dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu, bekas Timbalan Pengarah Pos Malaysia Johor, Abdullah Halos, 55, dikatakan rebah ketika berjalan bersama isteri dan tiga anaknya selepas meletakkan kereta berhampiran tasik UTM, kira-kira 400 meter dari dewan berkenaan.

Pasukan perubatan UTM yang kebetulan berada di kawasan itu, membawa Abdullah ke Pusat Kesihatan UTM dengan ambulans untuk mendapatkan rawatan, tetapi disahkan sudah meninggal dunia.

Anaknya, Mohd Fairul, 23, berkata ketika itu beliau bersiap di belakang dewan untuk menerima Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Geomatik yang dijadualkan pada jam 1.30 tengah hari. "Saya terkilan ayah tidak sempat melihat saya menerima ijazah. Namun, kami reda dengan pemergiannya kerana Allah lebih menyayanginya," katanya.

Dikesempatan yang seketika ini, MPP Gabungan Mahasiswa UKM mengucapkan Takziah kepada keluarga Allahyarham terutamanya kepada anaknya iaitu Mohd Fairul. semoga sentiasa bersabar atas ketentuan yang telah ditetapkan oleh Ilahi. Ingatlah sesungguhnya setiap yang bernyawa itu pasti akan merasai kematian dan akan kembali kepada penciptanya iaitu Allah S.W.T. Kami mendoakan agar roh Allahyarham dirahmati Allah dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh.

500 MAHASISWA GEMPUR PARLIMEN



KUALA LUMPUR 18 Ogos - Gerakan Mahasiswa Mansuhkan AUKU (GMMA) hari ini berjaya menghimpunkan kira-kira 500 mahasiswa untuk berdemonstrasi di hadapan bangunan Parlimen yang bermula jam 8.30 pagi tadi.

Walaupun beberapa pegawai HEP dari IPT -IPT tertentu turut hadir untuk ‘mengambil gambar’ dan ‘menghantar laporan’ kepada Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar masing-masing, namun ianya tidak sesekali mematahkan semangat mereka yang hadir.

Menurut jurucakap GMMA, saudara Ahmad Shahir Abdul Aziz komitmen yang ditunjukkan oleh mahasiswa dari setiap kampus adalah memberangsangkan dalam menjayakan perhimpunan berkenaan.

”Kita optimis dengan kehadiran begitu ramai mahasiswa dalam perhimpunan ini berkeupayaan memberikan kesan yang besar dalam perbahasan rang undang-undang Pindaan AUKU di Parlimen nanti”. katanya.

Perhimpunan tersebut yang dipengerusikan oleh saudara Syazni Munir turut menampilkan ucapan pemimpin-pemimpin mahasiswa dari front-front yang lain.

Perhimpunan tersebut juga menyaksikan lima pemimpin mahasiswa dibenarkan masuk ke Dewan Rakyat untuk berbincang secara langsung dengan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Idris Harun berkenaan bantahan draf pindaan AUKU yang hanya bersifat kosmetik semata-mata.

Kelima-lima pemimpin berkenaan ialah wakil GMMA, saudara Ridzuan Mohamad, Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia, saudara Haafizudin Abirerah, , wakil Persatuan Mahasiswa Undang-undang UIAM, saudara Faridzul M. Nasaruddin, Exco Pendidikan & Penyelidikan PKPIM, saudara Muhammad Faisal Abdul Aziz, dan Zawani Rosle.

Sementara itu, menurut wakil GMMA, saudara Ridzuan Mohammad mereka berpuas hati walaupun tujuan perhimpunan itu diadakan ialah untuk menemui sendiri Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin bagi menyerahkan Memorandum Pemansuhan AUKU 1971 (Pindaan 1975) dan Bantahan Pindaan AUKU 1971 (Pindaan 1975).

“Ok la walaupun tak 100 peratus berjaya. Matlamat kami hari ini ingin berjumpa dengan menteri atau timbalan menteri. Kami berterima kasih kepada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Idris Haron kerana sudi menemui kami walaupun dalam tempoh yang singkat,” katanya kepada media di lobi Parlimen.

Tambah beliau, pihaknya tidak akan menerima sebarang tawaran bagi menyerahkan memorandum tersebut kepada mana-mana wakil kementerian kerana khuatir ia tidak disampaikan kepada menteri.

“Pendirian kami jelas dan kami tidak akan berganjak dengan pendirian untuk menyuarakan rasa tidak puas hati kami kepada menteri atau timbalan menteri walaupun dalam keadaan hujan,” ujarnya.

“Kami berharap supaya ahli Parlimen sama ada dalam Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Rakyat supaya membahaskan perkara ini dengan serius untuk kepentingan generasi masa depan serta menggantikan dengan akta yang lebih relevan”.

“Selain itu biarlah dengan perbahasan tersebut mampu menghasilkan kesimpulan yang lebih positif kepada semua mahasiswa,” tambah beliau lagi.

Kekecohan berlaku seketika apabila ‘mayat’ yang dibawa oleh mahasiswa dirampas oleh pihak polis. ‘Mayat’ yang dikafankan dengan kain putih sebagai simbolik mahasiswa yang dikongkong AUKU tersebut dirampas selepas perhimpunan bersurai. sumber : mahasiswakini.com

PELAJAR USM DIPERCAYAI LEMAS

Sebentar tadi penulis membaca akhbar Harian Metro bertarikh 19 ogos 2008. Di dalam akhbar tersebut dikahabarkan bahawa seorang pelajar tahun 4 jurusan sains, Universiti Sains Malaysia dipercayai lemas di pantai kem pengakap Teluk Bahang selepas terjatuh menaiki jet ski bersama tunang dan adik perempuannya.


Menurut akhbar tersebut, usaha mencari oleh unit skuba yang dijalankan dari jam 12 sampai 6.30 petang masih gagl menemui mayat mangsa. Mangsa yang berasal dari Kajang, Selangor dipercayai berkelah bersama keluarga tunangnya yang juga berasal dari Kajang, Selangor.


Jadi penulis menyeru kepada seluruh mahasiswa agar sama-sama kita berdoa kepada Allah agar mayat mangsa dapat ditemui dalam masa yang terdekat dan sama-sama kita menghadiahkan AL-FATIHAH kepada mangsa. Semoga Allah merahmati mangsa.

Khamis, 14 Ogos 2008

KEMPEN HARI UNGGU


KEMPEN HARI UNGU

14 Ogos 2008 KHAMIS

Nyatakan sokongan anda kepada barisan Gabungan Mahasiswa dengan berbaju ungu pada tarikh tersebut.

WE UNITE

"Bersama Mahasiswa"
KEILMUAN FALSAFAH KEBAJIKAN

SELAMAT MENGGUNDI


Tanggal 26 Ogos 2008 bakal menyaksikan arena politik Malaysia akan berubah sekali lagi. Kali ini adalah pertandingan di antara pimpinan Pakatan Rakyat yang menbariskan Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan pimpinan UMNO yang akan bertanding bagi merebut Kerusi Parlimen Permatang Pauh, Pulau Pinang setelah Datuk Seri Wan Azizah meletak jawatan. Malaysia sebagai Negara yang mengamalkan demokrasi seharusnya lebih meletakkan keadilan dalam berpolitik. Dalam perkara ini Suruhan Jaya Pilihan Raya (SPR) perlu bertanggungjawab memastikan ketelusan dalam melaksakan demokrasi di Malaysia. Kita sebagai rakyat sudah jemu dengan isu penggundi hantu, isu undi pos, isu kecurian dakwat hitam, kiraan undi yang salah dan sebagainya yang boleh menjejaskan persepsi buruk masyarakat dalam dan luar Negara terhadap demokrasi berparlimen di Malaysia.

Sebagai rakyat Malaysia, anda berkuasa dan berhak untuk memilih sesiapa sahaja yang anda fikirkan mampu untuk membela nasib dan hak-hak anda sebagai rakyat Malaysia tanpa perlu dikongkong ataupun disogok oleh mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab. Perlu dingatkan bahawa dalam pilihan raya, pelbagai janji-janji manis yang ditaburkan oleh calon-calon yang bertanding. Dalam situasi ini, rakyat perlu bijak dan pandai menilai serta memilih calon-calon yang difikirkan boleh membela nasib rakyat terutamanya rakyat yang tidak bernasib baik serta berada di dalam kemiskinan tegar seperti nelayan, buruh, petani yang tinggal di kampung-kampung dan di pedalaman. Sebagai contoh dalam rancangan BersamaMuMalaysia yang mengundi dalam Pilihan Raya. Dahulupun mereka di tawarkan janji-janji manis oleh calon-calon yang bertanding, namun malangnya kedaifan tetap membelenggu mereka. Akan tetapi yang paling melucukan saya, apabila Media tampil menyiarkan kesusahan mereka baru ada pemimpin-pemimpin dari pihak-pihak tertentu yang datang menghulurkan bantuan seperti beras, gula, kopi dan sebagainya. Persoalan di sini mengapa waktu Media tampil baru kita hendak dating menolong? Justeru, Kita tidak mahulah pemimpin seperti itu, yang hanya pandai menawarkan janji-janji manis tetapi ianya hanyalah kosong.

Justeru, di kesempatan ini, saya mewakili Majlis Perwakilan Pelajar Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menyeru kepada mahasiswa/I UKM yang berasal daripada parlimen Permatang Pauh agar pulanglah yang disiarkan oleh TV3 banyak lagi disiarkan kehidupan rakyat yang miskin dan perlu dibantu oleh pihak-pihak yang berkenaan. Akan tetapi mereka ini tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya padahal mereka pun rakyat untuk menunaikan tanggungjawab anda kepada Negara. Buatlah pilihan yang bijak agar kita tidak menyesal di kemudian hari. Pilihlah pemimpin yang mahu membantu dan sanggup menbela nasib rakyat bukannya pemimpin yang hanya beromong kosong serta mahu mengayakan poketnya sendiri dengan menggunakan kejahilan rakyat sebagai pentas bagi dirinya untuk mengaut keuntungan Duniawi.


PERTAMA SEORANG AYAH

Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia.Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya.Dia membiarkan anak-anakperempuannya tidak menutup aurat.....tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan Dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.

KEDUA SEORANG SUAMI

Apabila seorang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya.Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram,apabila suami berdiam diri.....walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh,puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.

KETIGA SEORANG ABANG

Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pula abang-abangnya.....jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM.....tunggulah tarikan adiknya di akhirat.

KEEMPAT ANAK LELAKI

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari islam,maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak.....nantikan tarikan ibunya.


Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat.....maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang/anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar agar terselamat daripada azab api neraka....

-KITAB IHYA' ULUMUDDIN-

Jumaat, 8 Ogos 2008

SELAMAT MENYAMBUT KONVOKESYEN UKM KE 36


Pesta Konvokesyen ke 36 telah pun selamat dirakmikan pada 6 Ogos 2008 oleh Censelor UKM iaitu DYMM Tunku Yang Di-Pertua Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Jaafar Ibni Almarhum Tungku Abdul Rahman. Sedikit kekecewaan terukir apabila majlis perasmian pesta konvokesyen yang bertemakan Mengkasa Integriti Menjana Wawasan ternyata gagal menarik minat mahasiswa/I untuk hadir ke Dewan Gemilang untuk memeriahkan majlis tersebut. Paling mengecewakan Sekretariat Pesta Konvo ternyata lebih ramai daripada para hadirin pada malam tersebut. Dimanakah Mahasiswa/I ketika ini? Bukan setakat itu sahaja, malahan pimpinan-pimpinan Pelajar seperti Persatuan Mahasiswa Fakulti (PMF), Pimpinan Anak Negeri dan lainnya juga tidak ramai yang menghadirkan diri ke perasmian tersebut.

Disini menjadi kekeliruan bagi saya mengapakah hal ini terjadi? Mengapakan mahasiswa kurang berminat dengan perasmian ini? Adakah maklumat tentang program ini tidak diketahui atau kurang dihebahkan? Adakah mahasiswa/I berasa jemu kerana program-program ini acapkali dilakukan setelah PMUKM bertukar tampuk pemerintahan sehinggakan ianya dijadikan program wajib setiap tahun untuk dilaksanakan? Justeru, Saya tinggalkan persoalan ini untuk dijawab dan difikir oleh seluruh mahasiswa/I UKM.

Walaupun begitu, dikesempatan yang seketika ini, Majlis Perwakilan Pelajar Fakulti Pendidikan mengucapkan Selamat Menyambut Konvokesyen yang ke 36 kepada seluruh mahasiswa/I yang akan menerima segulung ijazah hasil penat lelah dan kesungguhan dalam menimba Ilmu di UKM terutamanya kepada abang-abang dan akak-akak dari Fakulti Pendidikan. Akhir kata, Tahniah dan Syabas Saya ucapkan di atas kejayaan anda untuk mengengam segulung ijazah yang begitu bermakna bagi kita semua. Semoga kejayaan ini terus menjadi pendorang bagi anda untuk terus maju ke bidang pekerjaan yang lebih mencabar. Ingatlah bahawa tugas kita sebagai pendakwah dan pejuang kebenaran tidak akan terhenti di sini sahaja sebaliknya ianya akan terus diperjuangkan sehingga ke titisan darah yang terakhir. Wasalam

;;

MEDIA PLAYER


Template by: Abdul Munir - 99computercity