ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM UKHWAH::::: SELAMAT DATANG KEPADA PENGUNJUNG-PENGUNJUNG BLOG INI. DIHARAPKAN APA YANG TERPAPAR DI DALAM RUANGAN INI DAPAT MEMBERI MANFAAT KEPADA KITA SEMUA ::::: TERIMA KASIH ATAS UNDIAN ANDA. WASALAM

HADITH HARI INI

Jumaat, 25 April 2008

ISLAM DI HINA


Edisi : Islam dihina melalui penayangan filem FITNA

Oleh : Mohd Fadlail Baharom

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi di atas limpah dan rahmatnya dapat lagi untuk kita berada di landasan yang benar iaitu atas landasan Islam yang kita anuti ini. Selawat dan salam atas junjungan Besar Nabi Muhammad dan para sahabat yang terbukti berjuang untuk mempertahankan Islam sehingga Islam masih lagi wujud hingga ke hari ini.

Baru-baru ini yakni pada 27 Mac 2008 yang lalu, umat Islam dikejutkan dengan satu tindakan penyiaran Filem 'Fitna' menerusi web “Liveleak” yang dilakukan oleh seorang Ahli Parlimen Belanda iaitu Geert Wilders. Filem yang berbentuk dokumentari pendek ini secara jelas menghina al-Quran dan agama islam itu sendiri. Penayangan filem ‘Fitna’ ini jelas dilakukan dengan sengaja untuk menghina Islam yang kita anuti. Perkara ini bukan sahaja mendapat bantahan daripada rakyat Malaysia sahaja, bahkan ianya mendapat bantahan dari seluruh dunia.

Dahulunya Denmark pernah menghina junjungan besar Nabi kita dengan karikator yang jelas menghina keperibadian baginda tetapi pada hari ini Islam sekali lagi dihina oleh yahudi laknatullahi alaih.. Maka benarlah kata-kata Allah dalam firmannya yang bermaksud ‘orang-orang yahudi dan Nasrani itu tidak akan redho terhadap umat islam sehingga umat Islam mengikut telunjuk mereka’

Perbuatan mereka ini jelas menunjukkan mereka semakin berani untuk menimbulkan kemarahan umat Islam. Dimanakah pemuda-pemuda Islam? Di manakah Mahsisiwa/I. Ayuhlah wahai sahabat-sahabatku, bangunlah untuk mempertahankan Islam yang kita cintai ini. Janganlah kita leka dan alpa dengan kesoronokkan hiburan dan dunia semata-mata.

Saya meresakan bahawa inilah akibatnya jika kita membelakangkan al-Quran dan ajaran sebenar dalam agama Islam. Kita masih lagi mengikut budaya barat, kita masih lagi berseronok dengan nikmat dunia yang sementara, masih lagi alpa dan leka dengan hiburan-hiburan yang melalaikan, kita masih lagi berjoget, berdansa dan masih lagi melakukan perkara-perkara yang menyalahi dengan Agama Islam. Kerana itulah musuh-musuh Islam berani menghina Islam kerana mereka berpendapat umat Islam tidak kuat, masih alpa dan leka dengan hiburan yang diacu oleh barat untuk merosakkan umat Islam.

Justeru, marilah kita menghitung diri kita, marilah kita bermuhasabah di atas dosa dan kelalaian kita selama ini. Marilah kita memboikot barangan dari belanda, denmark dan seluruh barangan ciptaan Yahudi Laknatullahi Alaih. Bukan sekadar itu sahaja, boikotlah program-program anjuran yahudi seperti Akademi Fantasia, Malasian Idol, Genstar, dan banyak lagi. Mudah-mudahan dengan kesungguhan kita ini, Islam akan terus dijulang dan tidak lagi di hina.

Isnin, 14 April 2008

MAHASISWA : MASYARAKAT TERPELAJAR

Oleh Ahmad Farhan Jusoh

Falsafah UKM ada menyentuh tentang proses pembinaan “masyarakat terpelajar”. Menurut pengamatan MPP FPend, dalam usaha membumikan hasrat ini, seseorang mahasiswa perlu mempunyai beberapa kriteria mahasiswa cemerlang seperti berikut :

1. KEMAHIRAN KOMUNIKASI

Mahasiswa/i seharusnya mempunyai kebolehupayaan berinteraksi dengan penguasaan bahasa yang baik dan mempunyai hubungan inter dan intra personal dengan semua individu sama ada rakan-rakan, para pensyarah, pentadbir universiti serta masyarakat.

2. KEMAHIRAN TEKNOLOGI

Mahasiswa/i sewajarnya mampu menguasai Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Information Communication Technology) yang terkini dan cekap menggunakannya. Di samping itu, mahasiswa/i tersebut perlu sentiasa peka terhadap perkembangan teknologi semasa.

3. PRESTASI AKADEMIK

Mahasiswa/i hendaklah dapat menguasai semua bidang ilmu dengan seimbang dan cemerlang dalam bidang pengkhususan yang diceburi. Oleh itu, pemahaman teori secara mendalam perlu ditekankan agar mahasiswa/i tersebut mampu mempraktikkannya dalam kehidupan bermasyarakat.

4. KEUPAYAAN DIRI

Mahasiswa/i hendaklah sentiasa bersikap toleran sesama insan, proaktif dalam setiap amanah dan tanggungjawab, mahir membuat keputusan, produktif dalam menjalankan aktiviti, berdikari mencari peluang baru serta mampu mengadaptasi diri dengan komuniti semasa.

5. INTEGRITI DAN POSITIF

Mahasiswa/i sewajarnya ikhlas dan jujur dalam setiap perlakuan, tidak membuang masa, meminggirkan sikap negatif, sentiasa belajar daripada sesuatu situasi yang dihadapi, membina karakter diri supaya menjadi semakin baik dan positif dari semasa ke semasa.

Justeru itu, kriteria mahasiswa yang cemerlang ini perlu disebatikan dalam jiwa dan susuk tubuh kita selaku individu bergelar mahasiswa/i agar aspirasi universiti sebenar yang digagaskan oleh pengasas dan pejuang UKM ini benar-benar menjadi realiti.

Assalamualaikum dan salam Sejahtera
Oleh : Mohd Fadlail Baharom


Alhamdulillah, pertama dan selamanya marilah kita sama-sama bersyukur ke hadrat Ilahi atas nikmat keilmuan, nikmat ukhwah dan segala nikmat yang diberikan kepada kita untuk membolehkan kita meneruskan kehidupan di dunia ini.

Setiap manusia yang hidup di alam fana’ ini akan di uji dengan pelbagai ujian sama ada ianya berat mahupun ringan. Itu adalah ketentuan Ilahi dan lumrah kehidupan bagi seseorang manusia apatah lagi ia bergelar seorang pelajar. Sama ada suka mahupun tidak kita terpaksa berhadapan dengan ujian tersebut. Tanpa persedian yang rapi, kita akan terus ketinggalan jauh. Justeru, bersiap sedialah untuk menghadapinya agar segala ujian yang terpaksa kita tempuhi itu, dihadapi dengan penuh kesabaran untuk mencapai kejayaan.

Setelah satu semester kita bertungkus lumus mencari dan mendalami ilmu yang ditawarkan di UKM khususnya di Fakulti Pendidikan, kini tibalah masa yang mana kita semua sebagai seorang pelajar terpaksa berhadapan dengannya, iaitu peperiksaan akhir semester. Saya mengharapkan sahabat-sahabat sekalian sudahpun bersedia untuk menghadapi ujian ini dengan penuh persediaan yang rapi dan terancang. Ingatlah wahai sahabatku, janganlah kita alpa dan leka dengan hiburan sehinggakan pelajaran kita terabai. Seharusnya kita berusaha untuk melakukan yang terbaik agar keputusan yang bakal diperoleh kelak lebih cemerlang dari sebelumnya.

Justeru, di kesempatan yang seketika ini saya ingin mengucapkan selamat menghadapi peperiksaan akhir semester kepada semua warga Fakulti Pendidikan. Lakukanlah perubahan dalam diri kita, buatlah yang terbaik agar kita menjadi pelajar yang cemerlang sekaligus menjadi modal insan yang berguna kepada masyarakat dan Negara. Sebelum saya melabuhkan sauh, izinkan saya memohon jutaan kemaafan kepada seluruh warga Fakulti Pendidikan andaikata tersilap salah sepanjang saya menjadi MPP bagi kawasan Fakulti Pendidikan. Akhir kata saya mendoakan agar anda semua berjaya menjawab dengan baik sekaligus mendapat keputusan yang cemerlang bagi peperiksaan semester ini. Sekian dulu dari saya. Wasalam….

“MAHASISWA PENJANA KECMERLANGAN NEGARA”

Khamis, 10 April 2008









UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA


Ketua Eksekutif
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
Lot G2, Tingkat Bawah Wisma Chase Perdana,
Off Jalan Semantan,

Damansara Heights,
50490 Kuala Lumpur.

Tuan,

MEMOHON ELAUN PRAKTIKUM

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk untuk makluman dan tindakan tuan.

2. Berhubung dengan perkara di atas, saya bagi pihak Majlis Perwakilan Pelajar Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia ingin memohon elaun praktikum daripada pihak tuan kepada mahasiswa/i Tahun Tiga Fakulti Pendidikan UKM biayaan pinjaman Perbadanan Tabung Pinjaman Tinggi Negara yang terlibat dengan praktikum.

3. Rasional permohonan ini ialah :

3.1. Mahasiswa/i Fakulti Pendidikan UKM terpaksa menanggung sendiri kos sara hidup semasa praktikum di sekolah-sekolah yang ditetapkan selama lapan minggu bermula 12 Mei 2008 hingga 14 julai 2008.

3.2. Tidak semua mahasiswa/i tersebut mendapat elaun daripada Kementerian Pelajaran Malaysia.

4. Saya berharap pihak tuan dapat member pertimbangan sewajarnya. Segala pertimbangan dan perhatian segera oleh pihak tuan terhadap perkara ini amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

“MAHASISWA MASYARAKAT TERPELAJAR ”

Yang menjalankan tugas,

………………………………………….

AHMAD FARHAN BIN JUSOH

Majlis Perwakilan Pelajar,
Fakulti Pendidikan,
Universiti Kebangsaan Malaysia

s.k. - Fail MPP Fakulti Pendidikan UKM
Dekan Fakulti Pendidikan UKM

Bendahari UKM

;;

MEDIA PLAYER


Template by: Abdul Munir - 99computercity