ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM UKHWAH::::: SELAMAT DATANG KEPADA PENGUNJUNG-PENGUNJUNG BLOG INI. DIHARAPKAN APA YANG TERPAPAR DI DALAM RUANGAN INI DAPAT MEMBERI MANFAAT KEPADA KITA SEMUA ::::: TERIMA KASIH ATAS UNDIAN ANDA. WASALAM

HADITH HARI INI

Isnin, 14 April 2008

Selamat Menghadapi Peperiksaan Akhir Semester

MAHASISWA : MASYARAKAT TERPELAJAR

Oleh Ahmad Farhan Jusoh

Falsafah UKM ada menyentuh tentang proses pembinaan “masyarakat terpelajar”. Menurut pengamatan MPP FPend, dalam usaha membumikan hasrat ini, seseorang mahasiswa perlu mempunyai beberapa kriteria mahasiswa cemerlang seperti berikut :

1. KEMAHIRAN KOMUNIKASI

Mahasiswa/i seharusnya mempunyai kebolehupayaan berinteraksi dengan penguasaan bahasa yang baik dan mempunyai hubungan inter dan intra personal dengan semua individu sama ada rakan-rakan, para pensyarah, pentadbir universiti serta masyarakat.

2. KEMAHIRAN TEKNOLOGI

Mahasiswa/i sewajarnya mampu menguasai Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Information Communication Technology) yang terkini dan cekap menggunakannya. Di samping itu, mahasiswa/i tersebut perlu sentiasa peka terhadap perkembangan teknologi semasa.

3. PRESTASI AKADEMIK

Mahasiswa/i hendaklah dapat menguasai semua bidang ilmu dengan seimbang dan cemerlang dalam bidang pengkhususan yang diceburi. Oleh itu, pemahaman teori secara mendalam perlu ditekankan agar mahasiswa/i tersebut mampu mempraktikkannya dalam kehidupan bermasyarakat.

4. KEUPAYAAN DIRI

Mahasiswa/i hendaklah sentiasa bersikap toleran sesama insan, proaktif dalam setiap amanah dan tanggungjawab, mahir membuat keputusan, produktif dalam menjalankan aktiviti, berdikari mencari peluang baru serta mampu mengadaptasi diri dengan komuniti semasa.

5. INTEGRITI DAN POSITIF

Mahasiswa/i sewajarnya ikhlas dan jujur dalam setiap perlakuan, tidak membuang masa, meminggirkan sikap negatif, sentiasa belajar daripada sesuatu situasi yang dihadapi, membina karakter diri supaya menjadi semakin baik dan positif dari semasa ke semasa.

Justeru itu, kriteria mahasiswa yang cemerlang ini perlu disebatikan dalam jiwa dan susuk tubuh kita selaku individu bergelar mahasiswa/i agar aspirasi universiti sebenar yang digagaskan oleh pengasas dan pejuang UKM ini benar-benar menjadi realiti.

0 comments:

MEDIA PLAYER


Template by: Abdul Munir - 99computercity